UNIT PENJANAAN, JABATAN BENDAHARI
1. Menguruskan aktiviti penjanaan universiti meliputi pengurusan kafetaria, lot kedai, premis dan ruang universiti. Memastikan kafetaria, lot kedai, premis dan ruang universiti beroperasi dengan lancar mengikut peraturan yang ditetapkan serta memberikan perkhidmatan yang baik kepada semua pelanggan dalam USIM.
1.1 Memastikan kafeteria Universiti beroperasi dengan lancar serta memberikan perkhidmatan yang baik kepada semua pelanggan dalam USIM.
- Menguruskan lantikan dan penamatan pengusaha kafeteria dan lot kedai
- Menguruskan pemilihan pengusaha melalui proses sebut harga
- Menguruskan proses pengeluaran inbois tuntutan sewaan dan utiliti
- Memantau operasi kafeteria dan lot kedai dari semasa ke semasa.
- Menguruskan pembaharuan kontrak sewaan kafeteria dan lot kedai.
1.2 Pengurusan tuntutan bil utiliti rumah kakitangan penting (RKP)
- Menyemak surat tuntutan baki hutang RKP.
- Membuat pemakluman secara email berkaitan pengesahan baki hutang sebelum surat asal dihantar kepada Jabatan Pendaftar untuk tindakan seterusnya.
- Menguruskan inbois rumah kakitangan penting (RKP).
- Menyediakan data laporan penghutang RKP bagi tujuan pemotongan gaji kepada Unit Gaji.
- Menghantar pemakluman kepada Unit Gaji melalui e-mail bagi tujuan potongan gaji staf yang terlibat.
- Menyemak dan memfailkan data potongan gaji(P72) yang telah selesai dibuat potongan oleh Unit Gaji ke dalam fail RKP pada setiap bulan.
- Menyediakan laporan penghutang RKP kepada Jawatankuasa Perumahan Universiti. Membuat pelarasan jurnal bagi penghutang RKP sekiranya mempunyai baki negatif.
1.3 Memastikan ruang sewaan Universiti digunakan sepenuhnya dan menjana pendapatan yang optimum.
- Menguruskan penentuan kadar sewaan ruang di university
- Menguruskan proses pengeluaran invois dan tuntutan bayaran sewaan
- Menjadi urus setia bagi Mesyuarat Jawatankuasa Sewaan Universiti (JKSU)
2. Pengurusan Hutang yang merangkumi aktiviti pemantauan dan kutipan hutang di bawah Kumpulan Wang Mengurus USIM.
2.1 Pengurusan Tuntutan Inbois Pelbagai bagi Seminar/ Bengkel/ Perundingan/ CIT dan Lain- Lain.
- Menguruskan proses tuntutan hutang sewaan dan bil utiliti bagi rkp, kafeteria dan lot kedai yang beroperasi di bawah pemantauan Jabatan Bendahari.
- Menguruskan proses kutipan hutang bagi rkp, kafeteria dan lot kedai yang berhutang dan memastikan hutang dibayar dalam tempoh yang telah ditetapkan.
- Membuat semakan terhadap hutang yang tertunggak melebihi 3 bulan dan menghantar notis peringatan kepada kafeteria dan lot kedai.
- Menyediakan data bagi tujuan hapuskira kepada Unit Terimaan untuk dibuat tindakan hapuskira bagi hutang- hutang lama yang tidak dapat dikesan.
- Menyemak laporan aging bagi setiap penghutang perniagaan untuk tujuan pemantauan dan pelarasan hutang.
- Membuat pelarasan jurnal bagi penghutang perniagaan di bawah Kumpulan Wang Mengurus.