Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh.

Alhamdulillah di atas limpah kurniaNya. Semua yang terjadi adalah perancangan Allah. Dengan kesempatan ini diberi ruang untuk memberikan yang terbaik buat USIM khususnya dan Negara amnya.

Syabas kepada mantan  Bendahari,  YBrs. Puan Siti Nurbaya Ismail yang telah menjalankan tugas beliau sebagai Bendahari dengan jayanya. Semoga beliau masih bersama-sama dengan saya untuk meneruskan tugasan kebendaharian ini dengan penuh dedikasi dan semangat jitu. Harapan saya juga, semoga seluruh warga USIM dapat memberikan kerjasama yang optimum dan sokongan yang sepenuhnya dalam meneruskan kesinambungan tugas dan meningkatkan usaha ke arah kecemerlangan Universiti secara keseluruhannya.

Walaupun USIM telah berkembang pesat selama 23 tahun ini, cabaran kewangan sangat tinggi yang dihadapi oleh USIM. Potensi kewangan USIM yang sebenar masih boleh diserlahkan lagi dan masih banyak yang belum diterokai sepenuhnya. Harapan saya potensi kewangan USIM boleh berkembang seiring dengan sasaran visi dan misi USIM. Pengurusan kewangan tidak boleh dipandang remeh kerana cabaran pada masa hadapan semakin sukar dan di luar kotak pemikiran.

“Bagaimana USIM hendak mengekalkan prestasi kewangan yang berdaya tahan walaupun berdepan dengan persekitaran mencabar?”

Ia tidak akan berjaya tanpa sokongan dari semua warga USIM. Bersama-samalah dengan saya dan Jabatan Bendahari dan berdoa semoga hasrat itu tercapai. Insyaa Allah.

Dengan ini saya didahului dengan ucapan terima kasih kepada semua warga USIM yang telah banyak memberi sokongan selama ini.

HEZAN SHAH ZAINUDDIN
Bendahari
Universiti Sains Islam Malaysia