TAHUN 2024

Lawatan Jabatan Bendahari ke kandang kambing telah diadakan pada 28 Jun 2024 yang mana projek penternakan kambing ini adalah satu projek Pusat Keusahawanan Universiti (PKUU) telah mendapat kerjasama daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Jabatan Pertanian Negeri Sembilan, Jabatan Verterinar serta Syarikat alumni USIM iaitu Ghonami Global Enterprise. Melalui projek penternakan kambing ini, USIM telah menerima peruntukan dana daripada pihak Kementerian Penggajian Tinggi (KPT) bagi Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) iaitu dengan mengadakan Kursus Penternakan Kambing ‘USIM Breeder’ di bawah penyelian Pusat Keusahawan Universiti (PKUU).

Antara matlamat projek ini adalah untuk memperkasakan kemahiran dalam bidang penternakan dalam kalangan pelajar serta mendorong mereka menjana pendapatan sendiri. Ia juga bertujuan menyokong industri penternakan kambing dengan menyediakan pusat latihan dan kemahiran ternakan menggunakan teknologi RFID Tagging dan Precision Breeding. Selain itu, projek ini turut mengetengahkan kepakaran dalaman USIM dalam pelaksanaan Modul Pengurusan Daging Halal. Projek penternakan kambing ini juga mempraktik konsep ‘zero waste farming’ iaitu air sisa buangan kambing ini akan digunakan semula untuk siraman rumput yang ditanam khas sebagai makanan kepada kambing ternakan.

Dengan adanya penglibatan golongan pelajar dalam kursus penternakan kambing ini, diharapkan agar dapat mencetuskan semangat dan minat dalam bidang ternakan kambing, sekali gus mendorong kepada potensi kemajuan kerjaya golongan belia dan meningkatkan kesedaran tentang peluang dan potensi dalam perindustrian ini.

Wacana Kewangan di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan telah diadakan pada 17 Mei 2024 (Jumaat)

Program Motivasi Kakitangan Jabatan Bendahari, USIM telah diadakan pada 15 Mei 2024 (Rabu) di Tadom Hill Resort

Sambutan Hari Raya Jabatan Bendahari, USIM telah diadakan pada 3 Mei 2024 (Jumaat) di Aras 4, Jabatan Bendahari USIM

TAKBIR RAYA AIDILFITRI JABATAN BENDAHARI, USIM

KLIK DI SINI UNTUK VIDEO PENUH

Majlis Menandatangani Memorandul Persefaham antara Universiti Sains Islam Malaysia dan Bank Islam Malaysia Berhad telah diadakan dengan jayanya pada 21 Mac 2024 bertempat di Executive Lounge, Universiti Sains Islam Malaysia

Lawatan Penanda Aras Ke UNIMAS  telah diadakan dengan jayanya pada 23 Januari 2024 bertempat di Bangunan SDEC, USIM

Kursus  Pemikiran Kreatif dan Kritikal Dalam Membantu Membuat Keputusan telah diadakan dengan jayanya pada 7 Februari 2024 bertempat di Galeri Bangunan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, USIM

Lawatan Penanda Aras Ke UMPSA dan Perbincangan Berkaitan Penubuhan Yayasan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan UMPSA telah diadakan dengan jayanya pada 15 Februari 2024 bertempat di Pejabat Naib Canselor, Universiti Malaysia Pahang Al- Sultan Abdulah