SEKSYEN DASAR DAN PERCUKAIAN
Pengurusan Dasar
- Penggubalan dan penetapan dasar dan polisi berkaitan kewangan untuk keperluan semasa dan akan datang.
- Pengurusan pelaksanaan dasar kewangan universiti.
- Penyelarasan pelaksanaan dasar kewangan di antara seksyen dan unit.
- Pembangunan dasar kewangan untuk keperluan semasa dan akan datang.
- Penawaran khidmat nasihat atau konsultansi dasar kewangan kepada Pusat Tanggungjawab.
Pengurusan Percukaian
- Pengurusan permohonan penyumbang untuk pengecualian cukai yang layak dan belum diperolehi.
- Pemantauan pengurusan pengecualian cukai yang telah diluluskan oleh LHDN dan Kementerian Kewangan.
- Penyediaan Penyata Cukai Pendapatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
- Pelaporan bertulis kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri Malaysia.
- Menyelaras aktiviti pengauditan cukai.