SEKSYEN PENGURUSAN ASET DAN STOR

Soalan 1:

Q: Apakah perbezaan antara Harta Modal dan Aset Alih bernilai Rendah?

A: Aset Alih bermaksud aset atau peralatan yang boleh dipindahkan atau dialihkan dari satu tempat ke tempat lain secara mudah termasuk Aset Alih yang dibekalkan bersekali dengan penyediaan bangunan atau infrastruktur lain.

Aset Alih terbahagi kepada dua (2) bahagian:

  1. Harta Modal ialah harga perolehan asalnya RM3,000 (Ringgit Malaysia Tiga Ribu) atau lebih setiap satu unit.
  2. Aset Alih Bernilai Rendah ialah harga perolehan asalnya bermula daripada RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus) hingga RM2,999.99 (Ringgit Malaysia Dua Ribu Sembilan Ratus Sembilan Puluh Sembilan Ringgit dan Sembilan Puluh Sembilan sen) setiap unit.

Soalan 2:

Q: Adakah semua aset USIM perlu dilabelkan?

A: Ya, semua aset hendaklah diberi tanda pengenalan dengan cara melekatkan label QR code di aset yang telah didaftarkan.

Soalan 3:

Q: Adakah pergerakan aset perlu direkodkan?

A: Ya, semua pergerakan aset bagi tujuan penempatan semula hendaklah direkodkan. Hal ini adalah bertujuan bagi mengenalpasti kedudukan aset dari semasa ke semasa.

Soalan 4:

Q:Apakah tujuan pemeriksaan aset dilakukan setiap suku tahun?

A: a) Memastikan aset mempunyai rekod yang lengkap, tepat dan betul

b) Mengetahui keadaan dan prestasi aset

c) Memastikan setiap aset berada di lokasi yang betul

d) Memastikan tiada kehilangan aset

Soalan 5:

Q: Apakah tindakan bila berlakunya kehilangan aset USIM?

A: a) Melaporkan kepada ketua PTJ dengan kadar segera

b) Membuat laporan polis (aset hilang diluar USIM) atau Jabatan Keselamatan (aset hilang dalam USIM) dalam tempoh 24jam.

c) Dokumen yang berkaitan seperti laporan awal kehilangan, laporan polis/laporan Jabatan Keselamatan, invois, KEW.PA pendaftaran aset dan gambar

kejadian hendaklah diserahkan kepada Unit Aset dan Insurans, Jabatan Bendahari.

d) Menghubungi Unit Aset dan Insurans, Jabatan Bendahari

SEKSYEN KEWANGAN PELAJAR

Soalan 1:

Q: Bagaimana cara untuk  menyemak kadar yuran semasa atau yuran tertunggak?

A: Pelajar  boleh menyemak kadar yuran dengan melayari web Portal IStudent (Tamhidi/Ijazah)atau layari portal di https://cgs.usim.edu.my/ untuk pelajar Master/Phd (pascasiswazah).

Soalan 2:

Q: Bagaimana  cara untuk menjelaskan yuran pengajian?

A: Pembayaran yuran boleh dijelaskan melalui 3 kaedah iaitu MyPayment, BIMB (Bill Presentment) dan ATM (Pindahan Yuran IPT).

Soalan 3:

Q: Saya telah membuat pembayaran yuran secara 3rd party transfer, bagaimana untuk saya mendapatkan resit rasmi USIM?

A: Resit rasmi boleh didapati di kaunter Jabatan Bendahari atau e-melkan kepada terimaanhasil@usim.edu.my.

Soalan 4:

Q: Saya ingin membuat bayaran melalui cek, siapakah nama penerima cek?

A:  Cek hendaklah ditulis atas nama ‘BENDAHARI USIM’.

Soalan 5:

Q: Bagaimana proses untuk mengemaskini maklumat penaja pelajar?

A: Pelajar  ijazah perlu merujuk di Pejabat Unit Penajaan, Hal Ehwal Pelajar dan bagi  pelajar Master/PhD di Pusat Pengajian Siswazah.

Soalan 6:

Q: Berapa lama untuk memproses  pembayaran balik yuran pelajar atau bayaran biasiswa/pinjaman penaja?

A:  Proses  pembayaran kepada pelajar adalah dalam tempoh 7 hari bekerja dari  tarikh pelajar layak dibayar bersama dokumen yang lengkap.

Soalan 7:

Q: Bolehkah saya membayar hanya sebahagian yuran-yuran tertentu sahaja mengikut kehendak saya?

A:  Tidak boleh. Yuran yang ditetapkan adalah secara pakej dan pelajar perlu membayar keseluruhan yuran yang telah ditetapkan oleh Universiti.

Soalan 8:

Q: Apa akan jadi sekiranya saya tidak menjelaskan yuran pengajian sepenuhnya?

A: Kegagalan melangsaikan yuran pengajian sepenuhnya akan mengakibatkan tindakan sekatan pendaftaran bagi semester berikutnya dan juga sekatan mendapatkan keputusan peperiksaan dan transkrip.

Soalan 9:

Q: Jika saya telah membayar penuh yuran, adakah PTPTN saya juga akan dipotong yuran?

A:  Tidak, sekiranya pelajar telah melangsaikan keseluruhan yuran, bayaran dari PTPTN akan dikreditkan penuh ke akaun pelajar.

Soalan 10:

Q: Jika saya bercadang untuk menangguh/tarik diri dari pengajian, adakah yuran saya akan dikembalikan atau dibawa ke semester berikutnya?

A:  Hanya pelajar yang menangguh/menarik diri dari pengajian dalam tempoh 8 minggu pertama semester bermula sahaja layak dikecualikan sebahagian dari yuran pengajian dan sebarang lebihan akan dibawa ke lejar semester berikutnya atau dikembalikan kepada pelajar. Manakala bagi yuran asrama pula akan dikira mengikut bilangan hari pelajar menginap dan sebarang pelarasan adalah berdasarkan pengesahan dari pihak PRUPEL.

Soalan 11:

Q: Sekiranya saya mempunyai pertanyaan lanjut berkenaan lejer pelajar dan caj yuran, saya boleh berhubung dengan siapa?

A:  Sekiranya saudara/i mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan bayaran yuran/lejar pelajar,saudara/i boleh berhubung dengan Unit Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari melalui e-mel kredit.bend@usim.edu.my atau di talian 06 – 7978614 (Puan Khaslinda & Puan Junaidah) / 06 – 7988247 (Puan Irhani) / 06 – 7978608 (Puan Azreen) /

06 – 7988227 (Puan Hafizah).

SEKSYEN DASAR DAN PERCUKAIAN

SOALAN LAZIM

Soalan 1:

Q            : Apakah pengecualian cukai yang telah diluluskan di USIM?
A             : Pengecualian cukai yang dibenarkan oleh LHDN kepada USIM untuk tujuan sumbangan adalah seperti berikut:

  • Pengecualian cukai di bawah subseksyen 44 (6) ACP 1967 – Potongan cukai pendapatan kepada penyumbang wang tunai untuk USIM.
  • Pengecualian cukai di bawah subseksyen 44 (8) ACP 1967 – Potongan cukai pendapatan kepada penyumbang wang tunai untuk mendirikan atau memperlengkapkan kemudahan perpustakaan USIM.
  • Pengecualian cukai di bawah seksyen 34B ACP 1967 – Potongan cukai pendapatan dua kali kepada penyumbang wang tunai untuk aktiviti penyelidikan atau menggunakan perkhidmatan di PPPI USIM.

Soalan 2:

Q            : PTj manakah perlu dirujuk untuk setiap pengecualian cukai yang dibenarkan?
A             : Sebarang pertanyaan berkaitan pengecualian cukai yang dibenarkan perlulah merujuk kepada PTj seperti berikut:

  • Pengecualian cukai di bawah subseksyen 44 (6) ACP 1967 – Jabatan Bendahari.
  • Pengecualian cukai di bawah subseksyen 44 (8) ACP 1967 – Jabatan Perpustakaan.
  • Pengecualian cukai di bawah seksyen 34B ACP 1967 – Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi.

Soalan 3:

Q            : Bolehkan sumbangan berbentuk barangan dibenarkan pengecualian cukai di bawah subseksyen 44(6) ACP 1967?
A             : Tidak. Sumbangan dalam bentuk TUNAI sahaja dibenarkan pengecualian cukai di bawah subseksyen 44(6) ACP 1967.

Soalan 4:

Q            : Berapakah amaun yang dibenarkan untuk potongan cukai?
A             : Amaun potongan cukai terhad 10% daripada pendapatan agregat.

Soalan 5:

Q            : Bolehkah tuntutan potongan cukai dibenarkan sekiranya tiada dokumen sokongan?
A             : Tidak. Setiap tuntutan sumbangan/derma perlu dibuktikan dengan dokumen sokongan yang diperlukan. Rujuk senarai semak borang permohonan pengecualian cukai di pautan SENARAI SEMAK PERMOHONAN PENGECUALIAN CUKAI DI BAWAH SUBSEKSYEN 44(6) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967.pdf

Soalan 6:

Q            : Apakah tatacara Permohonan Pengecualian Cukai di bawah subseksyen 44(6) ACP 1967?
A             : Bagi permohonan pengecualian cukai di bawah subseksyen 44(6) ACP 1967, pemohon/PTj perlu merujuk kepada pekeliling yang sedang berkuatkuasa di pautan pekeliling bendahari bil 1 tahun 2024 Garis Panduan Permohonan Pengecualian Cukai Bagi Terimaan Wang Sumbangan Hadiah Derma di bawah Subseksyen 44 6 Akta Cukai Pendapatan 1967 di Universiti Sains Islam Malaysia.pdf

SEKSYEN PENGURUSAN KEWANGAN AMANAH

Soalan 1:

Q: Apakah yang dimaksudkan dengan Akaun Amanah dan Akaun Khas?

A: Akaun Amanah merupakan akaun dalam sistem kewangan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diwujudkan untuk menyimpan semua wang yang diterima bagi sesuatu maksud amanah yang nyata dan jelas dan memastikan kawalan dilakukan dengan sebaik mungkin supaya memenuhi matlamat penubuhannya. (Pekeliling Bendahari Bil. 1/2022). Akaun Amanah adalah melibatkan program jangka panjang iaitu melebihi 1 tahun.

Akaun Khas merupakan akaun dalam sistem kewangan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diwujudkan bagi program/aktiviti/projek berjangka pendek. Ia bukan dikategorikan sebagai Akaun Amanah. Oleh itu, ia tidak tertakluk kepada garis panduan pengurusan Akaun Amanah. Contoh: Aktiviti dibawah Akaun Khas adalah seminar, lawatan, lawatan GISO, program PTJ dan lain-lain (Pekeliling Bendahari Bil 1/2022).

Soalan 2:

Q: Apakah objektif penubuhan Akaun Amanah dan Akaun Khas?

A: Objektif penubuhan Akaun Amanah/Khas untuk membolehkan pengendalian dan pentadbiran Akaun Amanah/Khas tersebut dibuat secara berasingan dan mengikut tujuan, objektif dan matlamat program/aktiviti yang telah ditetapkan. Selain itu, Akaun Amanah ini juga bertujuan untuk membolehkan setiap program/aktiviti yang dijalankan mempunyai wang sendiri (Self Financing) dan tidak bergantung kepada peruntukan wang mengurus USIM.

Soalan 3:

Q: Apakah dokumen yang diperlukan bagi permohonan pembukaan Akaun Amanah dan Akaun Khas?

A: Dokumen yang diperlukan untuk permohonan pembukaan Akaun Amanah/Khas adalah:

  1. Borang permohonan Akaun Amanah/Khas
  2. Kelulusan Pembukaan Akaun Khas Seminar/Persidangan adalah daripada Jawatankuasa Penyelidikan Inovasi Universiti (JKPIU). Seterusnya, kelulusan dari Ketua Jabatan bagi penganjuran program/aktiviti jabatan/fakulti/pusat/bahagian yang kurang daripada RM50,000.00 manakala kelulusan dari jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) bagi penganjuran program/aktiviti jabatan/fakulti/pusat/bahagian yang melebihi daripada RM50,000.00.
  3. Kertas kerja dan anggaran belanjawan program.

Soalan 4:

Q: Bagaimanakah prosedur permohonan pembukaan Akaun Amanah/Khas?

A: PTJ akan memohon kelulusan daipada Ketua Jabatan atau Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) mengikut had kuasa program. Setelah mendapat kelulusan , PTJ akan mengisi Borang Permohonan Pembukaan Akaun Amanah (BEND/BKA/002) atau permohonan Pembukaan Akaun Khas (BEND/BKA/005). Seterusnya menghantar permohonan tersebut beserta dokumen sokongan dan kelulusan kepada Unit Kewangan Amanah dan Penyedikan, Jabatan Bendahari.

Soalan 5:

Q: Berapa lamakah masa yang diambil bagi kelulusan permohonan pembukaan Akaun Amanah/Khas?

A: 14 hari waktu bekerja.

Soalan 6:

Q: Bagaimanakah proses penutupan Akaun Amanah dan Khas dilakukan?

A: untuk penutupan Akaun Amanah dan Khas boleh merujuk carta alir dalam pekeliling Bendahari BIL. 1/2022 dan melalui sistem AMV3 (Modul Projek > Permohonan Projek (PTJ) > Borang info).

Soalan 7:

Q: Dimanakah pihak PTJ boleh mendapatkan borang-borang yang berkaitan dengan Unit Kewangan Amanah dan Penyelidikan?

A: Untuk PTJ yang ingin mendapatkan maklumat atau borang berkaitan Akaun Amanah dan Akaun Khas boleh mendapatkannya melalui  Sistem AMV3 (Modul Projek > Permohonan Projek (PTJ) > Borang dan Info).

Soalan 8:

Q: Bolehkah PTJ membuat pindaan Jawatankuasa bagi Akaun Amanah dan Akaun Khas ini dan bagaimanakah prosedurnya?

A: Boleh. PTJ boleh memaklumkan kepada pihak Jabatan Bendahari maklumat berkenaan pertukaran Jawatankuasa bagi Akaun Amanah/Khas tertentu. Prosedur bagi Pindaan Jawatankuasa ini adalah PTJ boleh mengisi borang Pindaan Jawatankuasa melalui Sistem AMV3 (Modul Projek > Permohonan Projek (PTJ) > Borang dan Info).

SEKSYEN KEWANGAN PENYELIDIKAN DAN PEMBIAYAAN

PENYELIDIKAN

Soalan1:

Q: Apakah prosedur yang perlu dilakukan oleh penyelidik sekiranya mendapat dana daripada pihak luar bagi projek penyelidikan di USIM?

A: Sumbangan dana daripada pihak luar yang diterima perlu dimaklumkan kepada pihak PPPI dan Jabatan Bendahari dengan melampirkan bukti bayaran daripada pihak pembiaya untuk tindakan mengkreditkan dana tersebut ke dalam projek penyelidikan.

Soalan 2:

Q: Bagaimanakah pihak penyelidik boleh melihat baki projek penyelidikan dan mendapatkan penyata kewangan bagi projek penyelidikan?

A: Penyata boleh diperolehi melalui iStaff > Aplikasi Sistem > Sistem Maklumat Kewangan Universiti V3.0 Melalui Portal Kewangan (AMV3) > Modul Projek > Semakan Baki Projek.

Soalan 3:

Q :Unit mana yang perlu dirujuk untuk pembayaran berkaitan penyelidikan?

A: Bagi pembayaran yang berkaitan dengan penyelidikan, penyelidik perlu merujuk kepada Unit Bayaran.  Manakala bagi bayaran berkaitan dengan gaji RA/GRA, perlu merujuk kepada Unit Gaji dan SLAB.

Soalan 4:

Q :Unit mana yang perlu dirujuk untuk perolehan berkaitan penyelidikan?

A: Bagi perolehan yang berkaitan dengan penyelidikan, penyelidik perlu merujuk kepada Unit Perolehan.

PEMBIAYAAN KOMPUTER

Soalan1:

Q: Apakah kelayakan pegawai bagi membolehkan membuat pembiayaan komputer / telefon bimbit?

A: Kelayakan /Syarat:-

  • Pegawai USIM yang sedang berkhidmat, dilantik secara tetap dan telah disahkan dalam perkhidmatan layak memohon pembiayaan, Bagi pegawai bertaraf sementara, kontrak dan sambilan tidak layak untuk memohon.
  • Bagi pegawai yang bertaraf tetap tetapi cuti tanpa gaji, dipinjamkan atau dimana gaji pegawai tersebut dibayar oleh agensi selain dari USIM tidak layak memohon.
  • Jumlah potongan bulanan untuk pembiayaan komputer hendaklah tidak melebihi 1/3 daripada gaji pokok anggota dan jumlah semua potongan gajinya hendaklah tidak melebihi 60% dari jumlah gaji pokok serta elaun-elaun;
  • Dibenarkan membuat pembiayaan komputer setiap tiga tahun sekali dengan syarat pembiayaan terdahulu telah selesai
  • Untuk pegawai USIM yang telah dilantik secara tetap tetapi masih belum disahkan dalam perkhidmatan beliau layak untuk memohon dan memerlukan 2 (dua) pegawai yang telah disahkan tetap untuk menjadi pejamin
  • Staf USIM yang menerima Baucer Staf 1 Notebook (BS1N) TIDAK LAYAK untuk membuat pembiayaan di bawah skim pembiayaan ini bagi komputer/perkakasan yang sama.

Soalan 2:

Q: Berapakah jumlah maksimum pembiayaan yang boleh dimohon dan kadar keuntungan yang dikenakan?

A: 1) Amaun pembiayaan maksimum adalah sebanyak RM5,000.00 dan akan dikira kepada angka ratusan yang terdekat;

2) Kadar keuntungan yang dikenakan adalah sebanyak 4% setahun.

Soalan 3:

Q: Berapakah tempoh bayaran balik pembiayaan?

A: Tempoh bayaran balik adalah tidak melebihi 48 bulan.

Soalan 4:

Q: Adakah pembelian komputer dibolehkan bersama dengan perkakasan yang lain?

A: Pembelian komputer yang dibenarkan adalah pembelian komputer baru termasuk perkakasan dan perisiannya.

Komputer bagi maksud ini dikelaskan kepada 3 kategori seperti berikut:

  1. Komputer desktop;
  2. Komputer riba; dan
  3. Komputer tablet

Perkakasan bagi maksud ini dikelaskan kepada 3 kategori seperti berikut:

  1. Mesin pencetak
  2. Mesin pengimbas; dan
  3. Peranti pelbagai fungsi (multifunction device) 

Soalan 5

Q: Bagaimana hendak memohon  pembiayaan komputer / telefon bimbit ?

A: Permohonan dibuat melalui iStaff > Aplikasi Sistem > Sistem Maklumat Kewangan Universiti V3.0 Melalui Portal Kewangan (AMV) > Modul Pembiayaan > Pemohon Pembiayaan > Pemohonan.

Soalan 6:

Q: Apakah dokumen yang perlu dikemukakan untuk membuat pembiayaan komputer  / telefon bimbit?

A: Dokumen-dokumen Yang Perlu Dikemukakan Untuk Permohonan:-

  • Cetakan Borang Permohonan di sistem AMV3 setelah kelulusan Jabatan Pendaftar di dalam sistem AMV3
  • Salinan kad pengenalan ;
  • Salinan slip gaji terkini ;
  • Sebut harga komputer baru yang lengkap termasuk perkakasan & perisiannya
  • Salinan muka hadapan penyata bank pembekal

Soalan 7:

Q: Bolehkah pegawai membeli komputer / telefon bimbit dengan mendahulukan duit sendiri dan menuntut pemulangan semula?

A: Tidak boleh. Pegawai perlu membuat permohonan terlebih dahulu dan sekiranya permohonan diluluskan cek bayaran akan dikeluarkan atas nama vendor atau pembekal komputer berkenaan berdasarkan invois yang dikemukakan.

Soalan 8:

Q: Bolehkah pegawai membeli dua (2) buah komputer / telefon bimbit dalam satu permohonan tetapi tidak melebihi RM5,000?

A: Tidak boleh. Setiap permohonan pembiayaan komputer / telefon bimbit hanya dibenarkan membeli sebuah komputer / telefon bimbit sahaja.

Soalan 9:

Q: Bolehkah pegawai memohon pembiayaan komputer / telefon bimbit untuk membeli komputer / telefon bimbit terpakai?

A: Tidak boleh. Permohonan pembiayaan komputer / telefon bimbit hanya untuk membeli komputer / telefon bimbit baru sahaja.

Soalan 10:

Q: Bolehkah pegawai memohon pembiayaan semula sekiranya pegawai telah selesai menyelesaikan baki keseluruhan pembiayaan terdahulu atau tamat tempoh potongan gaji?

A: Boleh, sekiranya tempoh pembiayaan telah melebihi 3 tahun serta baki pinjaman terdahulu telah selesai sepenuhnya. Kelayakan pembiayaan adalah setiap tiga (3) tahun sekali.

Soalan 11:

Q: Pegawai telah pun mempunyai sebuah komputer persendirian tetapi ingin memohon pembiayaan komputer bagi membeli mesin pencetak sahaja. Adakah dibenarkan?

A: Tidak boleh. Skim pembiayaan komputer ialah untuk membeli komputer serta perkakasannya termasuk mesin pencetak, mesin pengimbas dan sebagainya secara sekaligus. Pembelian berasingan tidak dibenarkan.

Soalan 12:

Q: Apakah dokumen yang perlu dikemukakan oleh pemohon setelah bayaran diterima oleh pembekal ?

A: Seseorang pegawai yang mendapat bayaran pembiayaan komputer  / telefon bimbit hendaklah menyerahkan resit asal bagi komputer / telefon bimbit yang dibelinya kepada Jabatan Bendahari dalam tempoh 30 hari dari tarikh cek bayaran dikeluarkan. Kegagalan untuk menyerahkan resit pembelian boleh menyebabkan perjanjian pembiayaan pegawai terbatal dan pegawai dikehendaki memulangkan semula keseluruhan amaun pembiayaan yang diperolehi kepada Jabatan Bendahari.

Soalan 13:

Q: Sekiranya pegawai ingin membuat bayaran penyelesaian awal bagi pembiayaaan, apakah yang perlu dilakukan?

A: Memaklumkan ke Unit Kewangan Penyelidikan dan Pembiayaan melalui emel atau panggilan telefon bagi penyediaan surat jumlah baki pembiayaan yang perlu diselesaikan (sekiranya diselesaikan oleh pihak ketiga).

Pegawai juga perlu melampirkan bukti bayaran kepada Unit Penyelidikan dan Pembiayaan untuk penyelesaian pembiayaan dan akan dimaklumkan kepada Unit Gaji, Jabatan Bendahari bagi tujuan pemberhentian potongan gaji.

Soalan 14:

Q: Adakah pegawai yang dipinjamkan perkhidmatannya di agensi lain atau telah tamat perkhidmatan di USIM boleh membuat bayaran secara ansuran bagi bayaran baki pembiayaan?

A: Jika pegawai menamatkan perkhidmatannya dengan Universiti atau ditamatkan oleh Universiti sebelum pembiayaan dijelaskan, pegawai hendaklah membayar sekaligus semua baki pembiayaan.

Bagi pegawai yang dipinjamkan perkhidmatannya perlu menyelesaikan pembiayaan tersebut dengan organisai terdahulu atau pegawai perlu menyelesaikan semua amaun sekaligus kepada USIM sebelum ke organisasi baru.

Soalan 15:

Q: Bolehkah pegawai memohon pembiayaan komputer / telefon bimbit dan kenderaan dalam satu masa yang sama?

A: Ya, pegawai boleh memohon bagi kedua-dua pembiayaan dalam tahun yang sama dengan syarat dimana potongan gajinya hendaklah tidak melebihi 60% dari jumlah gaji pokok serta elaun-elaun.

PEMBIAYAAN KENDERAAN

Soalan 1:

Q: Apakah kelayakan pegawai bagi membolehkan membuat pembiayaan kenderaan?

A: Kelayakan / Syarat:-

  • Pegawai USIM yang sedang berkhidmat, dilantik secara tetap dan telah disahkan dalam perkhidmatan layak memohon pembiayaan, Bagi pegawai bertaraf sementara, kontrak dan sambilan tidak layak untuk memohon.
  • Bagi pegawai yang bertaraf tetap tetapi cuti tanpa gaji, dipinjamkan atau dimana gaji pegawai tersebut dibayar oleh agensi selain dari USIM tidak layak memohon.
  • Jumlah potongan bulanan untuk pembelian komputer hendaklah tidak melebihi 1/3 daripada gaji pokok anggota dan jumlah semua potongan gajinya hendaklah tidak melebihi 60% dari jumlah gaji pokok serta elaun-elaun;
  • Dibenarkan membuat pembiayaan setiap lima tahun sekali dengan syarat pembiayaan terdahulu telah selesai.
  • Pemohon TIDAK DIBENARKAN membeli kenderaan milik pasangan atau keluarga walaupun dibeli melalui pinjaman bank / syarikat kenderaan

Soalan 2:

Q: Berapakah jumlah maksimum pembiayaan yang boleh dimohon dan kadar keuntungan yang dikenakan?

A: Had pembiayaan kenderaan dan motosikal adalah seperti berikut:

1.1 Untuk Membeli Kereta

 

Jawatan

Had Pembiayaan

RM

Jawatan-jawatan Utama dan Jawatan-jawatan Gred Khas 70,000
Kumpulan Pengurusan dan Profesional 65,000
Kumpulan Sokongan (Kelulusan khas bagi gaji RM1,620 ke bawah) 55,000

1.2   Untuk Membeli Motosikal
i)   RM 10,000.00

  • Kadar keuntungan yang dikenakan adalah sebanyak 4% setahun.

Soalan 3:

Q: Berapakah tempoh bayaran balik untuk pembiayaan kenderaan?

A: Tempoh bayaran balik adalah seperti berikut

  1. Kereta baru, tidak melebihi 108 bulan.
  2. Kereta terpakai, tidak melebihi 96 bulan tertakluk kepada Sijil Penilaian yang dikeluarkan  oleh pihak Jurutera Mekanikal (JKR Woksyop Persekutuan).
  • Motosikal baru, tidak melebihi 60 bulan.
  1. Motosikal terpakai, tidak melebihi 48 bulan.

Soalan 4:

Q: Bagaimana hendak memohon  pembiayaan kenderaan ?

A: Permohonan dibuat melalui iStaff > Aplikasi Sistem > Sistem Maklumat Kewangan Universiti V3.0 Melalui Portal Kewangan (AMV) > Modul Pembiayaan > Pemohon Pembiayaan > Pemohonan.

Soalan 5:

Q: Apakah dokumen yang perlu dikemukakan untuk membuat pembiayaan kenderaan?

A: Dokumen-dokumen Yang Perlu Dikemukakan Untuk Permohonan:-

  • Cetakan Borang Permohonan di sistem AMV3 setelah kelulusan Jabatan Pendaftar di dalam sistem AMV3
  • Salinan kad pengenalan ;
  • Salinan slip gaji terkini ;
  • Salinan lesen memandu;
  • Sebut harga kenderaan yang lengkap termasuk aksesori dan lain-lain;
  • Salinan muka hadapan penyata bank pembekal
  • Sijil Penilaian JKR (bagi kenderaan terpakai)

Soalan 6:

Q: Bolehkah pegawai membeli kenderaan dengan mendahulukan duit sendiri dan menuntut pemulangan semula?

A: Tidak boleh. Pegawai perlu membuat permohonan terlebih dahulu dan sekiranya permohonan diluluskan cek bayaran akan dikeluarkan atas nama vendor atau pembekal kenderaan berkenaan berdasarkan invois yang dikemukakan.

Soalan 7:

Q: Bolehkah pegawai membeli dua (2) buah kenderaan, cth : motorsikal dan kereta dalam satu permohonan tetapi tidak melebihi kadar kelayakan?

A: Tidak boleh. Setiap permohonan pembiayaan hanya dibenarkan membeli sebuah kenderaan sahaja samada motorsikal atau kereta.

Soalan 8:

Q: Bolehkah pegawai memohon pembiayaan kenderaan melebihi amaun/tempoh yang dinilai JKR bagi kenderaan terpakai ?

A: Tidak boleh. Permohonan pembiayaan yang diberikan adalah berdasarkan atau kurang dari amaun/tempoh yang telah dinilai oleh JKR pada rekod Sijil Penilaian yang dikeluarkan.

Soalan 9:

Q: Bolehkah pegawai memohon pembiayaan  semula sekiranya pegawai telah selesai menyelesaikan baki keseluruhan pembiayaan terdahulu atau tamat tempoh potongan gaji?

A: Boleh, sekiranya tempoh pembiayaan telah melebihi 5 tahun serta baki pembiayaan terdahulu telah selesai sepenuhnya. Kelayakan pinjaman adalah setiap lima (5) tahun sekali.

Soalan 10:

Q: Bolehkah pegawai membeli kenderaan daripada orang perseorangan atau ahli keluarga?

A: Tidak boleh. Pembelian kenderaan perlulah melalui pembekal kenderaan atau pembekal kenderaan terpakai sahaja.

Soalan 11:

Q: Apakah dokumen yang perlu dikemukakan oleh pemohon setelah bayaran diterima oleh pembekal?

A: Seseorang pegawai yang mendapat pembiayaan membeli kenderaan hendaklah menyerahkan resit asal bagi kenderaan yang dibelinya kepada Jabatan Bendahari dalam tempoh 30 hari dari tarikh cek/EFT diterima beserta nota takaful (cover note) atau sijil takaful kenderaan (komprehensif) dan buku pendaftaran kenderaan yang dicatatkan “ Hak Milik Dituntut Oleh Universiti Sains Islam Malaysia.

Soalan 12:

Q: Sekiranya pegawai ingin membuat bayaran penyelesaian awal bagi pembiayaaan, apakah yang perlu dilakukan?

A: Memaklumkan ke Unit Kewangan Penyelidikan dan Pembiayaan melalui emel atau panggilan telefon bagi penyediaan surat jumlah baki pembiayaan yang perlu diselesaikan (sekiranya diselesaikan oleh pihak ketiga).

Pegawai juga perlu melampirkan bukti bayaran kepada Unit Penyelidikan dan Pembiayaan untuk penyelesaian pembiayaan dan akan dimaklumkan kepada Unit Gaji, Jabatan Bendahari bagi tujuan pemberhentian potongan gaji.

Soalan 13:

Q: Adakah pegawai yang dipinjamkan perkhidmatannya di agensi lain atau telah tamat perkhidmatan di USIM boleh membuat bayaran secara ansuran bagi bayaran baki pembiayaan?

A: Jika pegawai menamatkan perkhidmatannya dengan Universiti atau ditamatkan oleh Universiti sebelum pembiayaan dijelaskan, pegawai hendaklah membayar sekaligus semua baki pembiayaan.

Bagi pegawai yang dipinjamkan perkhidmatannya perlu menyelesaikan pembiayaan tersebut dengan organisai terdahulu atau pegawai perlu menyelesaikan semua amaun sekaligus kepada USIM sebelum ke organisasi baru.

SEKSYEN AKAUN DAN SISTEM KEWANGAN

Soalan 1:

Q: Bagaimana cara memohon akses baharu atau tambahan peranan / subptj di Sistem Al-Maaliyah 3.0 (AMV3)?

A: Akses baharu atau tambahan peranan/subPTJ boleh dipohon secara online di sistem AMV3 (Modul Akses Sistem) atau boleh juga dibuat secara manual, iaitu dengan mengambil boring di bahagian hebahan muat turun borang disini (Borang BEND/SIS/001).

Soalan 2:

Q : Bagaimana cara membatalkan akses Sistem Al-Maaliyah 3.0 (AMV3) boleh dibuat?

A: Pembatalan boleh dibuat dengan mengisi borang (MENU/SIS/003) yang boleh dimuat turun melalui eDocs (Dokumen Jabatan > Jabatan Bendahari > Borang > Unit Akaun & Sistem).

SEKSYEN KEWANGAN KREDIT

Soalan 1

Q: Apakah kaedah pembayaran yang boleh dibuat oleh pihak pembayar kepada USIM

A:        Pembayaran boleh dibuat melalui beberapa kaedah iaitu:

Bayaran secara Tunai/Cek/Kiriman Wang/Deraf Bank/Kad Debit & Kad Kredit boleh dibuat di Kaunter Jabatan Bendahari pada waktu urusan kaunter yang telah ditetapkan. Bayaran secara Cek/Wang Pos/Kiriman Wang/Deraf bank hendaklah dibuat atas nama BENDAHARI USIM.

Bayaran menggunakan Foreign Inward Telegraphic Transfer (FITT) dan portal flywire bagi bayaran daripada luar negara. Bayaran secara EFT/MEPS IBG boleh dibuat ke atas akaun USIM

Maklumat Bayaran boleh dihantar secara terus ke Jabatan Bendahari, melalui Pos atau E-mel ke terimaanhasil@usim.edu.my.

Bayaran secara online melalui portal MyPayment bagi perkhidmatan yang disenaraikan melalui FPX/Kad Kredit & Kad Debit/E-Wallet

Pihak Universiti amat menggalakkan kaedah pembayaran secara atas talian atau tanpa tunai.

Soalan 2:

Q:        Bolehkah pembayaran dibuat menggunapakai kaedah bank-in melalui Cash Deposit Machine (CDM) di Bank?

A:        Pihak Universiti tidak membenarkan pembayaran melalui kaedah berkenaan oleh kerana pembayaran tersebut berisiko tidak dapat dikenalpasti. Sekiranya terdapat pembayaran menggunapakai kaedah tersebut, pihak Jabatan Bendahari tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang terimaan yang tidak dikenalpasti dan tidak direkodkan terutama melibatkan lejar pelajar dan tolakan invois.

Soalan 3:

Q:        Adakah sumbangan kepada universiti layak mendapat pengecualian cukai  dibawah seksyen 44(6)?

A:        Ya, sumbangan kepada universiti adalah layak menerima pengecualian cukai dibawah seksyen 44(6) dengan syarat tujuan sumbangan adalah berkaitan dengan tujuan penubuhan universiti dan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negari (LHDN). Bagi tujuan pengeluaran resit pengecualian cukai iaitu maklumat berikut perlu disertakan:

  1. Bukti Bayaran
  2. Nama penuh pembayar
  3. Alamat pembayar
  4. Amaun yang disumbangkan
  5. No Kad Pengenalan atau No Pendaftaran Syarikat
  6. Maklumat lain yang berkaitan untuk perekodan resit pengecualian Cukai

Soalan 4:

Q:        Bagaimana cara permohonan resit sementara dan surat kuasa kutipan bagi kutipan di Fakulti atau Pusat Tanggungjawab (PTJ) atau luar kampus USIM ?

A:        Borang permohonan boleh didapati melalui sistem AMV3. Borang berkenaan perlu diisi dan mendapat perakuan terlebih dahulu daripada ketua jabatan dan diserahkan di Kaunter Bendahari bagi tujuan semakan dan kelulusan Bendahari. Setelah kelulusan diterima, pemohon akan menerima surat kuasa. Fakulti atau Pusat Tanggungjawab (PTJ) perlu membuat permohonan resit sementara dan surat kuasa kutipan kepada Jabatan Bendahari selewat-lewatnya seminggu sebelum program berjalan. (Rujukan Polisi Terimaan USIM )

Soalan 5:

Q:        Bolehkan Pusat Tanggungjawab (PTJ) membuat peminjaman terminal Kad Kredit dan Kad Debit?

A:        Boleh, permohonan boleh dikemukakan dengan mengisi borang pinjaman Terminal Pembayaran. Kelulusan akan diberikan mengikut tempoh yang dinyatakan dan peminjam adalah individu yang mempunyai surat kuasa kutipan sahaja. Pinjaman terminal juga adalah terhad kepada kuantiti terminal yang ditetapkan.

Soalan 6:

Q:        Berapakah jangka masa untuk saya memulangkan hasil kutipan dan buku resit?

A:        Bergantung kepada tempoh masa dan jumlah kutipan dengan merujuk kepada Polisi Terimaan USIM.

Soalan 7:

Q:        Berapakah jangka masa yang diperlukan untuk saya mendapatkan resit rasmi selepas saya membuat pembayaran di kaunter Bendahari?

A:        Sejurus selepas pembayaran dibuat bagi kaedah pembayaran secara tunai dan Kad Debit/Kredit.

Soalan 8:

Q:        Berapakah jangka masa untuk pengeluaran resit bagi terimaan yang dibuat secara pindahan ke akaun Universiti (Online Transfer)

A:        Penyediaan resit akan dibuat sejurus selepas pembayaran dikenalpasti dan disahkan maklumat pembayaran serta tujuan.

Soalan 9:

Q:        Bolehkah saya membuat bayaran dengan menggunakan mata wang asing di kaunter Bendahari?

A:        Tidak. Ini kerana urusan di kaunter hanya boleh menerima mata wang Ringgit Malaysia (RM) sahaja. Mata wang asing hanya boleh dibuat menggunakan kaedah Foreign Inward Telegraphic Transfer (FITT) di bank atau menggunakan portal Flywire bagi bayaran yuran pelajar dan seminar.

SEKSYEN PEROLEHAN

Soalan 1:

Q: Bagaimanakah cara untuk menjadi pembekal yang berdaftar di USIM?

A: Pembekal boleh mendaftar syarikat melalui https://eperolehan.usim.edu.my

Soalan 2:

Q: Bagaimanakah cara untuk mendapatkan maklumat tawaran sebutharga atau tender yang dikeluarkan oleh USIM?

A: Pembekal boleh mendapatkan maklumat tersebut di laman web https://eperolehan.usim.edu.my/  untuk melihat iklan tawaran tender dan sebutharga.

Soalan 3

Q : Jika masa tutup penghantaran tender/sebutharga ialah pukul 12.00 tengahari, tender/sebutharga yang dihantar terlewat, adakah ia boleh dipertimbangkan untuk diproses?

A : Tidak boleh dipertimbangkan sama sekali.

Soalan 4:

Q: Berapa lamakah tempoh masa yang diambil dalam memproses pesanan rasmi?

A: Proses pesanan rasmi akan dikeluarkan dalam masa 7 hari bekerja selepas menerima permintaan pesanan bersama-sama dokumen sokongan yang lengkap.

Soalan 5:

Q: Adakah pesanan rasmi boleh dikeluarkan sekiranya program telah dijalankan atau bekalan barang/perkhidmatan sudah dibekalkan?

A: Tidak Boleh.

SEKSYEN BAJET DAN KEWANGAN PEMBANGUNAN

Soalan 1:

Q: Bilakah peruntukan akan dimasukkan dalam vot PTJ bagi membolehkan PTJ membuat perbelanjaan pada awal setiap tahun?

A: Peruntukan akan dimasukkan dalam Sistem Al-Maaliyah 3.0 (AMV3) selepas diperakukan didalam Mesyuarat Agihan Bajet dan PTJ boleh membuat bayaran atau perbelanjaan berdasarkan kepada Tarikh yang ditetapkan didalam pekeliling tatacara penutupan akaun.

Soalan 2:

Q: Bagaimanakah kaedah makluman perbelanjaan PTJ pada setiap bulan?

A: Perbelanjaan PTJ kini boleh dilihat melalui laporan di Sistem Al-Maaliyah 3.0 (AMV3). (Modul Bajet > Buku Vot > Laporan Buku Vot).

Soalan 3:

Q: Bagaimanakah PTJ ingin membuat permohonan viremen atau pindah peruntukan?

A: a) Viremen dalaman PTJ boleh dibuat di dalam Sistem AMV3. (Modul Bajet > Viremen >  

         PTJ Many: One).

  1. b) Viremen kepada PTJ lain perlu menggunakan borang pindah peruntukan yang perlu

ditandatangani oleh ketua Jabatan dan dihantar kepada Unit Bajet untuk tindakan.

Borang tersebut boleh diperolehi dalam eDocs.

Soalan 4:

Q: Bagaimanakah cara untuk melihat baki peruntukan di PTJ?

A: Baki peruntukan boleh dilihat melalui sistem AMV3. (Modul Bajet > Buku Vot > Laporan 

     Buku Vot).

Soalan 5:

Q: Apakah yang berlaku kepada peruntukan yang tidak dibelanjakan pada akhir tahun kewangan?

A: Dana yang diperuntukan tetapi tidak dibelanjakan pada akhir tahun kewangan akan TAMAT TEMPOH dan TIDAK akan dibawa ke tahun kewangan berikutnya. Baki peruntukan mengurus yang tidak dibelanjakan TIDAK BOLEH dimasukkan dalam mana-mana Akaun Amanah/Khas PTJ.

Soalan  6:

Q: Bilakah pembekal boleh menerima pembayaran pembangunan dari Jabatan Bendahari?

A: Bayaran secara Electronic Fund Transfer (EFT) akan diproses dalam tempoh 14 Hari dari Tarikh dokumen lengkap diterima di Jabatan Bendahari.

SEKSYEN BAYARAN

Soalan 1:

Q: Berapa lamakah tempoh masa yang diambil dalam memproses tuntutan bayaran kepada pembekal?

A: Proses bayaran kepada pembekal akan dibuat tidak lebih dari 14 hari dari tarikh terima bil di Jabatan Bendahari dan dokumen lengkap diterima daripada PTJ.

Soalan 2:

Q: Apakah dokumen yang di perlukan bagi pembayaran yang menggunakan pesanan rasmi?

A: Invois Asal, Pesanan Rasmi Asal, Nota Penghantaran Asal (jika berkaitan) dan Daftar Bil yang telah disahkan, Penilaian Pembekal serta nota terimaan (NT).

Soalan 3:

Q: Bolehkah pembayaran dibuat jika pembekal tidak didaftarkan?

A: Tidak. Pembekal perlu didaftarkan dahulu sebelum pembayaran boleh dibuat.

Soalan 4:

Q: Berapakah had maksimum pembelian menggunakan panjar wang runcit oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ)?

A: Had maksimum pembelian menggunakan Panjar Wang Runcit adalah sebanyak RM500.00 dalam satu resit.

Soalan 5

Q: Bagaimanakah PTJ boleh menyemak status pembayaran kepada pembekal?

A: PTJ boleh menyemak status pembayaran melalui Sistem Al-Maaliyah AMV3. 

Soalan 6:

Q: Bagaimanakah Pembekal boleh menyemak status pembayaran?

A: Pembekal boleh menyemak status pembayaran melalui Sistem eP iaitu di https://eperolehan.usim.edu.my/.

Soalan 7:

Q: Bagaimanakah cara staf atau kakitangan yang ingin membuat tuntutan pelbagai?

A: Staf atau kakitangan boleh mengisi Borang Tuntutan Balik Wang Didahulukan iaitu Borang BEND/006 dan perlu mendapatkan kelulusan Ketua PTJ serta menghantar ke admin PTJ untuk membuat Daftar Bil.

Soalan 8:

Q: Bagaimankah jika staf sambilan, Pembantu Penyelidik(RA) serta  Ahli Penyelidik luar ingin membuat tuntutan perjalanan?

A: Staf Sambilan Pembantu Penyelidik serta Ahli Penyelidik luar perlu mengisi Borang Tuntutan Perjalanan manual iaitu Borang BEND/STAF/003 serta perlu mendapatkan kelulusan Ketua PTJ terlebih dahulu dan menghantar terus ke Unit Bayaran.

PENDAHULUAN

Soalan 1:

Q: Berapakah had minima pendahuluan diri?

A: Had minima pendahuluan diri adalah seperti berikut:

Kumpulan/ Gred Had Minima (RM)
Pengurusan dan Gred Profesional (Gred 41 dan ke atas) 500.00
Sokongan (Gred 17-30) 300.00
Sokongan  Bawahan ( Gred 1-16) Tiada  Had

 

Soalan 2:

Q: Berapakah had minima dan maksima pendahuluan pelbagai?

A: Had minima dan maksima pendahuluan pelbagai adalah seperti berikut:

Had Minima

Kumpulan/ Gred Had Minima (RM) 
Pengurusan dan Gred Profesional (Gred 41 dan ke atas) 500.00
Sokongan (Gred 17-30) 300.00
Sokongan  Bawahan ( Gred 1-16) Tiada  Had

Had Maksima

Kumpulan/ Gred Had Maksima (RM) 
Kumpulan Pengurusan Tertinggi (Gred JUSA C -Turus 1)

Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 52 sehingga 54)

10,000.00
Pengurusan dan Gred Profesional (Gred 41 sehingga 51) &

Sokongan (Gred 17-40)

5,000.00
Sokongan  Bawahan ( Gred 1-16) 3,000.00

 

Soalan 3:

Q: Apakah Syarat-Syarat Am Pendahuluan?

A: Syarat-syaratnya seperti berikut:

  1. Semua staf berjawatan tetap/ Kontrak / Sementara. Staf kontrak/Sementara perlu berkhidmat sekurang-kurangnya satu (1) tahun.
  2. Permohonan pendahuluan hendaklah dikemukakan selewat-selewatnya 7 hari sebelum tarikh cek diperlukan atau tarikh perjalanan/program/aktiviti diadakan.
  3. Pendahuluan tidak akan dikeluarkan sekiranya perjalanan/program/aktiviti telah dilaksanakan. Sekiranya dibatalkan atau ditunda melebih 1 bulan, wang pendahuluan hendaklah dikembalikan dalam tempoh 7 hari dari tarikh pembatalan.

Pendahuluan yang baru TIDAK BOLEH diberikan sekiranya masih terdapat pendahuluan terdahulu yang belum dijelaskan.

SEKSYEN BAYARAN EMOLUMEN DAN SLAB

Soalan 1

Q : Bilakah gaji bulanan akan dibayar  untuk kakitangan Kontrak/Tetap ?

A : Tarikh pembayaran gaji adalah berdasarkan kelulusan Pengurusan Tertinggi Universiti.  Jadual Pembayaran Gaji akan dikeluarkan pada bulan Januari kepada Pusat Tanggungjawab sebagai makluman.

Soalan 2:

Q : Bilakah gaji pertama staf baru (Kontrak/Tetap) akan dibayar ?

A : Gaji pertama staf baru hanya akan dibayar pada bulan kedua staf tersebut bertugas dengan syarat semua maklumat telah dikemaskini dalam Sistem Al-Maaliyah Versi 3.0 (AMV3) dan Laporan Perubahan Gaji (LPG) diterima daripada Jabatan Pendaftar.

Soalan 3:

Q : Bilakah gaji Pekerja Sambilan Harian (PSH), Pembantu Penyelidik (RA) dan elaun Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA)akan dibayar?

A : Gaji PSH akan dibayar setiap 10 haribulan bulan berikutnya. Sila rujuk (Modul Tuntutan PSH/RA/GRA > submodul Jadual Operasi) di Sistem AMV3.

Soalan 4:

Q : Bagaimana staf (Kontrak/Tetap) boleh mengakses Slip Gaji bulanan?

A : Slip gaji bulanan boleh dicapai dan dicetak dari  Portal Kewangan AMV3. Staf diminta supaya menyimpan salinan softcopy penyata gaji pada setiap bulan. Staf boleh membuat capaian di (iStaf>Capaian Individu>Maklumat Kewangan>Slip Gaji).

Soalan 5:

Q : Bilakah tarikh penghantaran Tuntutan Lebih Masa di Sistem AMV3?

A : Tarikh akhir penghantaran Tuntutan Lebih Masa di Sistem AMV3 adalah tarikh akhir selepas bulan yang dituntut. Contohnya tuntutan bulan Mei 2022 tarikh akhir tuntutan adalah 30 Jun 2022.

Soalan 6:

Q : Apakah staf boleh meminta Potongan Cukai Berjadual (PCB) diberhentikan?

A : Potongan PCB tidak boleh diberhentikan kerana USIM sebagai pihak majikan adalah wajib membuat caruman PCB keatas staf yang layak dikenakan PCB.

Soalan 7:

Q : Bilakan Borang Cukai EC (Penyata Saraan daripada Penggajian Kerajaan akan dikeluarkan?

A : Borang EC boleh dimuat turun dan dicetak dari Portal Kewangan AMV3 mulai 1 Mac setiap tahun.

Soalan 8:

Q : Berapa kalikah Elaun Kakitangan Cuti Belajar dibayar dalam tempoh setahun?

A : Elaun Kakitangan Cuti Belajar dibayar 4 kali setahun iaitu setiap 3 bulan.

Soalan 9:

Q : Bilakah Elaun Kakitangan Cuti Belajar dibayar?

A : Elaun Kakitangan Cuti Belajar dibayar sepertii berikut (bagi tahun 2019)

Tempoh Pembayaran
Jan – Mac 2020 Akhir Dis 2020
Apr – Jun 2021 Akhir Mac 2021
Jul – Sept 2021 Akhir Jun 2021
Okt – Dis 2021 Akhir Sept 2021

Soalan 10:

Q : Adakah Kakitangan Cuti Belajar layak mendapat Imbuhan Tetap Perumahan & Bantuan Sara Hidup sekiranya Kakitangan tersebut telah menerima Elaun Bantuan Sewa Rumah & Elaun Bantuan Keluarga?

A : Tidak layak, kerana kakitangan hanya layak menerima salah satu sahaja.

Soalan 11:

Q : Bagaimanakah pengiraan elaun lebih masa bagi Pekerja Sambilan Harian (PSH) ?

A : Elaun lebih masa bagi Pekerja Lebih Masa (PSH) akan mula dikira 30 minit selepas masa pulang. Pengiraan dan syarat tuntutan elaun lebih masa boleh rujuk dalam Borang Tuntutan Gaji  Sambilan / Lain-Lain mukasurat 3 (Borang boleh dimuat turun dalam eDoc Unit Gaji & SLAB, Jabatan Bendahari).

UNIT PELABURAN DAN KEWANGAN KORPORAT

Soalan 1:

Q: Berapa tempoh masa yang diperlukan untuk mendapatkan Kad Korporat Universiti?

A: Tempoh masa yang diperlukan adalah tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan dokumen permohonan kad korporat yang lengkap. Pemakluman akan dibuat kepada pemegang kad sekiranya kad telah siap.

Soalan 2:

Q: Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon kad koporat Universiti?

A: Dokumen yang diperlukan adalah :-

  • Borang Penamaan Kad Kredit-I Bisnes Bank Islam
  • Salinan Kad Pengenalan Depan dan Belakang pemohon

Soalan 3:

Q: Bagaimanakah untuk mengetahui had kelayakan, polisi dan penggunaan kad korporat Universiti?

A: Pihak Tuan boleh merujuk kepada Pekeliling Bendahari Bil. 2/2020 – Garis Panduan Polisi Dan Peraturan Penggunaan Kad Korporat USIM. Pautan Klik link web edocs USIM.

https://raudahusim.sharepoint.com/sites/USIM-eDocs/SitePages/Home.aspx

UNIT PENJANAAN DAN PENDANAAN

Soalan 1:

Q:  Bagaimanakah caranya untuk menyewa Kafeteria/ Lot gerai di USIM? (penjanaan)

A: Pemohon yang memenuhi syarat dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam kod bidang yang berkaitan atau berdaftar dengan  SSM  boleh memohon melalui Proses sebutharga yang akan diiklankan dari masa ke semasa oleh Pejabat Bendahari/ PTJ di USIM mengikut kekosongan Kafeteria/ Lot Gerai yang ada jika berkaitan.

Soalan 2:

Q: Bagaimana caranya untuk membuat pembayaran deposit dan sewaan kafeteria di USIM?

A: Bagi pembayaran Deposit Sewaan, Pengusaha boleh membuat pembayaran melalui Online Banking (slip pembayaran hendaklah dihantar ke Pejabat Bendahari untuk tujuan rekod) atau secara tunai di Kaunter Bendahari, Jabatan Bendahari, USIM. Bagi bayaran sewaan kafeteria setiap bulan akan dibuat secara standing instruction melalui arahan kepada bank.

Soalan 3:

Q: Dengan siapakah saya boleh berhubung sekiranya saya ingin membuat tempahan sewaan ruang/kemudahan dan peralatan di USIM?

A: Bagi tempahan penyewaan ruang di universiti, pihak tuan boleh menghubungi Pusat Tanggungjawab seperti berikut :-

Bil. Butiran Pusat Tanggungjawab (PTJ)
1. Kemudahan padang/peralatan sukan Pusat Sukan
2. Dewan Besar Jabatan Pembangunan & Pengurusan Fasiliti (JPPF)
3. Galeri USIM Jabatan Canselori
4. Galeri HEP Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP)
5. Dewan Senat Bahagian Pengurusan Akademik (BPA)
6. Dewan Kuliah Pusat/ Dewan Kuliah Fakulti/ Makmal Komputer Fakulti Fakulti yang berkenaan.
7. Lot Gerai Dataran Selera USIM Tijarah Sdn Bhd
8. Sewaan ruang di Asrama Pusat Perumahan Pelajar
9. Sewaan ruang di Bangunan Perpustakaan Jabatan Perpustakaan