Seksyen Pengurusan Aset dan Stor
menguruskan semua hal ehwal pengurusan aset USIM iaitu:
* Penerimaan aset;
* Pendaftaran;
* Penggunaan, penyimpanan dan pemeriksaan;
* Penyelenggaraan;
* Pindahan; dan
* Kehilangan dan hapus kira aset.
MENGURUSKAN PENDAFTARAN HARTA MODAL / ASET ALIH BERNILAI RENDAH
- Menyemak data pendaftaran aset
- Mengesahkan pendaftaran aset
- Menjernalkan transaksi pendaftaran yang salah kod akaun
- Menyemak data-data pendaftaran sama seperti di general ledger
- Membantu PTJ jika menghadapi masalah berkaitan dengan pendaftaran
- Menyimpan maklumat dan dokumen yang berkaitan dengan rekod pendaftaran
MENGURUSKAN MESYUARAT JAWATANKUASA ASET ALIH KERAJAAN (JKPAK)
- Merangka dan mencadangkan Jadual / Takwim Mesyuarat
- Menyediakan laporan untuk dibentangkan dalam mesyuarat
- Menyediakan minit mesyuarat JKPAK
- Melaksanakan tindakan dan maklumbalas selepas JKPAK
- Menyimpan dokumen berkaitan dengan JKPAK
MENYEDIAKAN LAPORAN TAHUNAN KEPADA KPT
- Laporan Tahunan Harta Modal / Aset Alih Bernilai Rendah mengikut PTJ.
- Sijil Pemeriksaan Tahunan Aset
- Laporan Tahunan Pelupusan
- Laporan Tindakan Surcaj / Tatatertib Aset
- Laporan Kehilangan & Hapuskira
- Laporan berkaitan dengan Unit Pelupusan dan Pengurusan Stor
MENYEDIAKAN LAPORAN PEMBELIAN ASET HM OS 3500
- Menyediakan senarai perolehan Harta Modal borang QEA/Q : Laporan Suku Tahun Perbelanjaan Pembelian Harta Modal
- Memastikan laporan yang telah siap di hantar untuk pengesahan Naib Canselor
MENYEDIAKAN DOKUMEN TENDER/ SEBUTHARGA BAGI POLISI – POLISI INSURANS ASET DAN TUNTUTAN INSURANS
- Menyediakan dokumen mengikut spesifikasi yang dikehendaki
- Melaraskan mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan dengan sebutharga untuk penilaian Harga , Teknikal dan Penyelarasan
- Mengeluarkan surat setuju terima dan membuat tindakan susulan dengan Petender yang berjaya
- Memastikan polisi-polisi insurans diperolehi dan disimpan
- Memastikan aset yang diinsuranskan dibuat tuntutan apabila berlaku bencana
- Menyediakan dokumen bagi proses tuntutan sehingga selesai tuntutan
MENGURUSKAN PROSES KEHILANGAN DAN HAPUSKIRA HARTA MODAL / ASET ALIH BERNILAI RENDAH
- Mencadangkan nama bagi keanggotaan Jawatankuasa Penyiasat Kehilangan
- Menyediakan laporan kes kehilangan beserta cadangan tindakan dan ulasan Jawatankuasa Penyiasat Kehilangan kepada Naib Canselor untuk disemak dan disahkan
- Memastikan Sijil Hapuskira Aset dikeluarkan setelah proses kehilangan selesai.
- Mengeluarkan rekod Harta Modal / Aset Alih Bernilai Rendah di dalam sistem
MENGURUSKAN PROSES PELUPUSAN ASET USIM
- Mengemaskini rekod pelupusan di dalam sistem
- Menerima maklumat permohonan pelupusan
- Menyemak butiran maklumat Laporan Pemeriksa Aset Alih Kerajaan
- Mengiringi pegawai pemeriksa untuk memeriksa aset pelupusan
- Mengumpul laporan yang bertandatangan daripada Pegawai Pemeriksa
- Menjalankan Mesyuarat Jawatankuasa Pelupusan Aset USIM
- Menyediakan minit mesyuarat pelupusan
- Mengambil dan mengumpul aset / inventori yang telah dilupuskan
- Melaksanakan pelupusan mengikut pada kaedah yang telah dipersetujui oleh Ahli Mesyuarat
- Menyediakan laporan pelaksanaan mengikut pada kaedah pelupusan yang telah diambil
- Memastikan Sijil Pelupusan Aset Alih Kerajaan dikeluarkan