Piagam Pelanggan

/Piagam Pelanggan
Piagam Pelanggan 2018-10-10T16:32:30+00:00

PIAGAM PELANGGAN

Dalam merealisasikan misi dan wawasan untuk menjadikan Jabatan Bendahari USIM sebagai sebuah jabatan yang terkehadapan dalam pengurusan kewangan bagi menyokong pencapaian matlamat Universiti dan memartabatkan kecemerlangan dalam pengurusan kewangan kepada masyarakat, negara dan dunia sejagat selaras dengan moto Jabatan Bendahari “Terurus, Telus dan Tepat”, dengan izin Allah S.W.T maka kami dengan penuh tekad dan iltizam berjanji untuk memenuhi hak-hak pelanggan dalaman dan luaran seperti berikut :

PELANGGAN DALAMAN

  • Memastikan bayaran dibuat dalam masa 14 hari dari tarikh tajaan diterima di sistem kewangan Jabatan Bendahari beserta dengan dokumen yang lengkap sehingga tarikh cek / EPS.
  • Memastikan proses bayaran gaji tetap dibayar mengikut tarikh yang diluluskan oleh Pengurusan Universiti.;
  • Memastikan semua pesanan rasmi dikeluarkan dalam masa 7 hari bekerja selepas permintaan pesanan bersama-sama dokumen sokongan yang lengkap serta belanjawan yang mencukupi diterima di Unit Perolehan, Jabatan Bendahari.; dan
  • Memastikan bayaran dibuat dalam masa 14 hari dari tarikh terima bil di sistem kewangan Jabatan Bendahari beserta dengan dokumen yang lengkap sehingga tarikh pemprosesan EPS / cek. 

PELANGGAN LUAR

  • Memastikan bayaran dibuat dalam masa 14 hari dari tarikh terima bil di sistem kewangan Jabatan Bendahari beserta dengan dokumen yang lengkap sehingga tarikh pemprosesan EPS / cek; dan
  • Memastikan terimaan hasil dan bukan hasil di kaunter Bendahari, direkodkan dan diresitkan 100%.
  • Memastikan laporan perbelanjaan mengurus, penyelidikan dan pembangunan dihantar kepada Kementerian mengikut masa yang ditetapkan.