PENGURUSAN TERIMAAN BAYARAN DI KAUNTER
- Pengurusan terimaan bayaran secara tunai, cek , wang pos, kiriman wang dan deraf bank bagi hasil dan bukan hasil yang tiada pengeluaran inbois .
- Pengurusan terimaan bayaran secara tunai, cek , wang pos, kiriman wang dan deraf bank bagi hasil dan bukan hasil yang melibatkan terimaan bayaran semua inbois.
- Pengurusan terimaan bayaran secara Mel di kaunter.
- Pengurusan terimaan di Kaunter Bendahari bagi pungutan di Pusat Tanggungjawab dan luar kampus USIM
- Pengurusan proses bank-in duit kutipan secara harian.
- Pengurusan penggunaan perkhidmatan Syarikah Cash In Transit (CIT) Universiti Sains Islam Malaysia bagi urusan penghantaran kutipan secara tunai ke Bank
PENGURUSAN TERIMAAN BAYARAN MELALUI ONLINE
- Pengurusan terimaan bayaran yuran pengajian, seminar, buku, ecgs, eug dan sebagainya yang menggunakan kaedah bayaran Mypayment, MPOS, FLYWIRE dan sebagainya.
- Pengurusan terimaan bayaran menggunakan kad kredit dan debit melalui terminal kad kredit dan kad debit
- Pengurusan terimaan EFT (online) di dalam bank Universiti Sains Islam Malaysia bagi terimaan bayaran hasil dan bukan hasil.
- Pengurusan terimaan EFT(online) yang tidak dikenalpasti bagi terimaan EFT yang tiada makluman daripada pembayar dan maklumat dalam penyata bank tidak mencukupi.
- Pengurusan pelarasan terimaan tidak dikenalpasti secara tahunan kepada hasil Universiti setelah usaha semakan telah dibuat.
- Pengurusan terimaan bayaran menggunakan Foreign Inward Telegraphic Transfer (FITT) .
PENGURUSAN KUTIPAN DI PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTJ) DAN DI LUAR KAMPUS USIM
- Pengurusan resit manual dan resit elektronik untuk pungutan di Pusat Tanggungjawab (PTJ) atau di luar kampus USIM.
- Pengurusan pemeriksaaan mengejut kutipan di Pusat Tanggungjawab dibuat enam bulan sekali mengikut Arahan Perbendaharaan.
- Pengurusan proses kutipan di Pusat Tanggungjawan dan diluar kampus mengikut pekeliling dan peraturan yang ditetapkan.
PENGURUSAN TUNTUTAN HUTANG
- Pengurusan tuntutan bayaran deposit penyewaan USIM kepada pihak luar dan tuntutan perbelanjaan yang ditanggung oleh USIM kepada agensi luar (kerajaan dan swasta).
- Pengurusan proses perkhidmatan Agensi Kutipan Universiti Sains Islam Malaysia.
- Pengurusan proses pengeluaran surat tuntutan bagi penghutang yang tidak aktif.
- Penyediaan data penghutang yang tidak aktif untuk tindakan undang-undang setelah tiada maklumbalas setelah pengeluaran surat tuntutan.
- Pengurusan perjanjian bayaran ansuran bagi penghutang yang ingin membuat bayaran ansuran bagi hutang tertunggak.
PENGURUSAN KEHILANGAN WANG AWAM DAN HAPUS KIRA UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA.
- Pengurusan proses hapus kira bagi kehilangan Wang Awam disebabkan oleh kecurian atau penipuan atau penyelewengan dan kecuaian pengawai.
- Pengurusan proses hapus kira kehilangan disebabkan oleh pembayaran lebih (tuntutan lebihan pendahuluan)
- Pengurusan proses hapus kira kehilangan disebabkan oleh hutang dan tunggakan hasil yang mana tidak boleh didapatkan.
- Pengurusan proses hapus kira kehilangan buku resit, lesen, kupon atau buku yang seumpama dengannya.
- Bertindak selaku urusetia kepada Jawatankuasa Kehilangan dan Hapus Kira Wang Awam USIM.