Unit Terimaan dan Kawalan Kredit

/Unit Terimaan dan Kawalan Kredit
Unit Terimaan dan Kawalan Kredit 2018-09-25T10:24:03+00:00

Soalan 1
Q: Apakah kaedah pembayaran yang boleh dibuat oleh pihak pembayar yang dibenarkan oleh pihak USIM bagi pembayaran selain daripada yuran pelajar dan juga seminar?
A: Boleh dibuat dengan beberapa kaedah iaitu :

  1. Bayaran secara Tunai/Cek/Kiriman Wang/Deraf Bank boleh dibuat di Kaunter Jabatan Bendahari pada waktu urusan kaunter yang telah ditetapkan. Bayaran secara Cek/Wang Pos/Kiriman Wang/Deraf bank hendaklah dibuat atas nama BENDAHARI USIM.
  2. Bayaran menggunakan Foreign Inward Telegraphic Transfer (FITT) bagi bayaran daripada luar negara. Bayaran secara EFT/MEPS IBG boleh dibuat ke atas akaun USIM . Maklumat Bayaran EFT/MEPS IBG serta FITT hendaklah dihantar secara pos ke Jabatan Bendahari atau Emel terimaanhasil@usim.edu.my .

Sila ambil perhatian bahawa tidak dibenarkan membuat bayaran menggunakan kepada pihak USIM menggunakan mesin “CASH DEPOSIT” (CDM) kerana pihak jabatan bendahari tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang terimaan yang tidak dikenalpasti sekiranya arahan pernghantaran maklumat bayaran tersebut dan larangan penggunaan mesin CDM tidak dipatuhi.

Soalan 2
Q:  Adakah sumbangan penajaan program layak mendapat pengecualian cukai  dibawah seksyen 44(6)?
A: Ya layak bagi sumbangan penajaan program secara tunai dengan syarat perlu disertakan maklumat yang disyarat oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negari (LHDN) bagi tujuan pengeluaran resit pengecualian cukai iaitu maklumat seperti dibawah:

  1. Bukti Bayaran
  2. Nama penuh pembayar
  3. Alamat pembayar
  4. Amaun yang disumbangkan
  5. No Kad Pengenalan atau No Pendaftaran Syarikat.
  6. Maklumat lain yang berkaitan untuk perekodan resit pengecualian Cukai.

Soalan 3
Q:  Bagaimana cara permohonan resit sementara dan surat kuasa kutipan bagi kutipan di Fakulti atau Pusat Tanggungjawab (PTJ) atau luar kampus USIM ?
A: Borang permohonan boleh didapati di dalam system Mydocs. Borang yang telah diisi dan mendapat  kelulusan daripada ketua jabatan hendaklah diserahkan di Kaunter Bendahari untuk mendapatkan kelulusan pihak Bendahari dan proses pengeluaran surat kuasa dan buku resit sementara. Fakulti atau Pusat Tanggungjawab (PTJ) perlu membuat permohonan resit sementara dan surat kuasa kutipan kepada Jabatan Bendahari selewat-lewatnya seminggu sebelum program berjalan. (PTJ boleh rujuk pekeliling bendahari untuk Polisi Terimaan USIM )

Soalan 4
Q:  Bagaimana cara permohonan akses sistem kewangan bagi kutipan jangka panjang di Fakulti atau Pusat Tanggungjawab (PTJ)?
A: Pusat Tanggungjawab (PTJ) perlu membuat permohonan surat kuasa kutipan kepada Jabatan Bendahari (unit Terimaan dan Kawalan Kredit) beserta borang akses sistem dihantar kepada Unit Akaun dan Sistem selewat-lewatnya seminggu sebelum program berjalan. (PTJ boleh rujuk pekeliling bendahari untuk Polisi Terimaan USIM )

Soalan 5
Q: Berapakah jangka masa untuk saya memulangkan hasil kutipan dan buku resit?
A:Bergantung kepada tempoh masa dan jumlah kutipan dengan merujuk kepada Polisi Terimaan USIM.

Soalan 6
Q: Berapakah jangka masa yang diperlukan untuk saya mendapatkan resit rasmi selepas saya membuat pembayaran di kaunter Bendahari?
A: Sejurus selepas pembayaran dibuat.

Soalan 7
Q: Bolehkah saya membuat bayaran menggunakan Kad kredit (VISA/MASTERCARD) dan Kad Debit (ATM) di Kaunter Bendahari?
A: Boleh. Pembayaran boleh dibuat dengan had minimum RM 10.00. Kad kredit luar negara tidak dibenarkan.

Soalan 8
Q: Bolehkah saya membuat bayaran dengan menggunakan wang asing di kaunter Bendahari?
A: Tidak. Ini kerana urusan di kaunter hanya boleh menerima Ringgit Malaysia sahaja. Mata wang asing hanya boleh dibuat menggunakan kaedah Foreign Inward Telegraphic Transfer (FITT) di bank atau menggunakan portal Flywire bagi bayaran yuran pelajar dan seminar sahaja.