Unit Perolehan

/Unit Perolehan
Unit Perolehan 2019-03-20T13:56:44+00:00

Soalan 1

Q : Bagaimanakah cara untuk menjadi pembekal yang berdaftar di USIM?

A : Pembekal boleh memuat turun Borang Pendaftaran Syarikat dengan melayari laman web USIM di www.usim.edu.my

Soalan 2

Q : Bagaimanakah cara untuk mendapatkan maklumat tawaran sebutharga atau tender yang dikeluarkan oleh USIM?

A : Pembekal boleh mendapatkan maklumat tersebut di Laman Web USIM di ruangan iklan tawaran tender dan sebutharga atau di Papan Kenyataan Jabatan Bendahari.

Soalan 3

Q : Jika masa tutup penghantaran tender/sebutharga ialah pukul 12.00 tengahari, tender/sebutharga yang dihantar terlewat, adakah ia boleh dipertimbangkan untuk diproses?

A : Tidak boleh dipertimbangkan sama sekali.

Soalan 4

Q : Berapa lamakah tempoh masa yang diambil dalam memproses pesanan rasmi?

A : Proses Pesanan Rasmi akan dikeluarkan dalam masa 7 hari bekerja selepas menerima permintaan pesanan bersama-sama dokumen sokongan yang lengkap.

Soalan 5

Q : Adakah Pesanan Rasmi boleh dikeluarkan sekiranya program telah dijalankan atau bekalan barang/perkhidmatan sudah dibekalkan?

A : Tidak boleh.