FAQs- PENJANAAN DAN KEWANGAN KORPORAT

  1. Bagaimanakah caranya untuk menyewa Kafeteria/ Lot gerai di USIM?

Pemohon yang memenuhi syarat dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam kod bidang yang berkaitan atau berdaftar dengan  SSM  boleh memohon melalui Proses sebutharga yang akan diiklankan dari masa ke semasa oleh Pejabat Bendahari/ PTJ di USIM mengikut kekosongan Kafeteria/ Lot Gerai yang ada jika berkaitan.

  1. Bagaimana caranya untuk membuat pembayaran deposit dan sewaan kafeteria di USIM?

Bagi pembayaran Deposit Sewaan, Pengusaha boleh membuat pembayaran melalui Online Banking (slip pembayaran hendaklah dihantar ke Pejabat Bendahari untuk tujuan rekod) atau secara tunai di Kaunter Bendahari, Jabatan Bendahari, USIM. Bagi bayaran sewaan kafeteria setiap bulan akan dibuat secara standing instruction melalui arahan kepada bank.

  1. Dengan siapakah saya boleh berhubung sekiranya saya ingin membuat tempahan sewaan ruang/kemudahan dan peralatan di USIM?

Bagi tempahan penyewaan ruang di universiti, pihak tuan boleh menghubungi Pusat Tanggungjawab seperti berikut :-

 

Bil.

Butiran

Pusat Tanggungjawab (PTJ)

1.

Kemudahan padang/peralatan sukan

Pusat Sukan

2.

Dewan Besar

Jabatan Pembangunan & Pengurusan Fasiliti (JPPF)

3.

Galeri USIM

Jabatan Canselori

4.

Galeri HEP

Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP)

5.

Dewan Senat

Bahagian Pengurusan Akademik (BPA)

6.

Dewan Kuliah Pusat/ Dewan Kuliah Fakulti/ Makmal Komputer Fakulti

Fakulti yang berkenaan.

7.

Lot Gerai Dataran Selera

USIM Tijarah Sdn Bhd

8.

Sewaan ruang di Asrama

Pusat Perumahan Pelajar

9.

Sewaan ruang di Bangunan Perpustakaan

Jabatan Perpustakaan

 

  1. Berapa tempoh masa yang diperlukan untuk mendapatkan Kad Korporat Universiti?

Tempoh masa yang diperlukan adalah tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan dokumen permohonan kad korporat yang lengkap. Pemakluman akan dibuat kepada pemegang kad sekiranya kad telah siap.

  1. Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon kad koporat Universiti?

Dokumen yang diperlukan adalah :-

  • Borang Penamaan Kad Kredit-I Bisnes Bank Islam
  • Salinan Kad Pengenalan Depan dan Belakang pemohon
  1. Bagaimanakah untuk mengetahui had kelayakan, polisi dan penggunaan kad korporat Universiti ?

Pihak Tuan boleh merujuk kepada Pekeliling Bendahari Bil. 2/2020 – Garis Panduan Polisi Dan Peraturan Penggunaan Kad Korporat USIM. Pautan Klik link web edocs USIM.

https://raudahusim.sharepoint.com/sites/USIM-eDocs/SitePages/Home.aspx