UNIT PENJANAAN DAN PELABURAN

Pelaburan

  1. Mengenalpasti kedudukan semasa kewangan Universiti bagi mengoptimumkan kewangan Universiti.
  2. Menganalisa pelaburan yang bersesuaian dengan Universiti.
  3. Membuat pelaburan di institusi kewangan yang bersesuaian dengan Universiti.
  4. Menyediakan dokumen-dokumen berkaitan sebelum, ketika dan selepas pelaburan.
  5. Merekod pulangan keuntungan melalui pelaburan yang dibuat.
  6. Menyediakan laporan secara berkala bagi mengenalpasti kedudukan semasa pelaburan dan pulangan ke atas pelaburan.
  7. Mengemaskini data berkaitan pelaburan setiap bulan.
  8. Mengawalselia penukaran sijil pelaburan mudharabah yang telah matang.

Pengurusan Kafeteria

  1. Menyemak kekosongan semasa bagi kafeteria sekitar Universiti.
  2. Membuat pemilihan ke atas kafeteria yang bersesuaian dalam Universiti.
  3. Menyediakan perjanjian keatas penyewaan.
  4. Mengeluarkan inbois tuntutan keatas sewaan dan utiliti bagi kafeteria yang berjalan dalam Universiti.
  5. Menyediakan laporan semasa kedudukan kafeteria Universiti.

Kewangan korporat

  1. Menyediakan dokumen permohonan kad korporat keatas pegawai-pegawai Universiti yang berkelayakan
  2. Mengawal selia kad korporat Universiti
  3. Berhubungan dengan institusi kewangan bagi mendapatkan maklumat korporat terkini bagi Universiti
  4. Menyemak semula polisi-polisi berkaitan dan mengemaskini polisi tersebut selaras dengan penggunaan semasa
  5. Mengawalselia proses pertukaran akaun bank utama Universiti dan pecahan akaun-akaun yang sedia ada di USIM
  6. Melaporkan kertas cadangan produk yang ditawarkan oleh institusi korporat
  7. Menyediakan perjanjian bagi produk-produk institusi korporat yang digunapakai oleh pihak Universiti