PENGURUSAN STOR
- Memantau serta memastikan stor di Pusat Tanggungjawab (PTJ) menguruskan stok mengikut prosedur Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan yang ditetapkan.
- Menguruskan pelantikan Pegawai Stor di Pusat Tanggungjawab (PTJ).
- Menerima dan menyemak laporan kedudukan semasa stok daripada stor Pusat Tanggungjawab (PTJ) bagi setiap 3 bulan.
- Menyediakan ringkasan laporan kedudukan semasa stok untuk Mesyuarat Jawatankuasa Aset Alih Kerajaan (JKPAK) untuk setiap 3 bulan.
- Menguruskan pelantikan Pegawai Pemverifikasi Stok.
- Menyediakan jadual pemeriksaan stok akhir tahun.
- Menerima dan menyemak laporan pemeriksaan stok akhir tahun.
- Menguruskan permohonan pelarasan stok.
- Menguruskan permohonan pelupusan dan hapus kira stok.
- Menyediakan laporan stor dan pemeriksaan stok tahun semasa untuk Unit Aset dan Insurans, Jabatan Bendahari pada setiap awal tahun berikutnya.
PELUPUSAN
- Menerima permohonan pelupusan daripada PTj
- Menyemak maklumat permohonan
- Membuat semakan aset bersama wakil Unit Aset dan Insurans
- Membawa pegawai pemeriksa untuk memeriksa aset yang dimohon untuk dilupuskan
- Mengumpul laporan daripada pegawai pemeriksa
- Menjalankan Mesyuarat Jawatankuasa Pelupusan Aset USIM
- Menyediakan minit mesyuarat pelupusan
- Mengambil dan mengumpul aset / inventori yang telah dipersetujui untuk dilupuskan
- Melaksanakan pelupusan mengikut kaedah yang telah dipersetujui oleh Ahli Mesyuarat
- Menyediakan laporan perlaksaan mengikut kaedah pelupusan
- Menghantar laporan pelupusan kepada Unit Aset dan Insurans.