PENYELIDIKAN

Soalan 1
Q: Apakah prosedur yang perlu dilakukan oleh penyelidik sekiranya mendapat dana daripada pihak luar bagi projek penyelidikan di USIM?
A: Sumbangan dana daripada pihak luar yang diterima perlu dimaklumkan kepada pihak PPPI dan Jabatan Bendahari dengan melampirkan bukti bayaran daripada pihak pembiaya untuk tindakan mengkreditkan dana tersebut ke dalam projek penyelidikan.

Soalan 2
Q: Bagi tuntutan perjalanan/perbelanjaan penyelidikan dan persidangan, apakah prosedur yang perlu dilakukan oleh penyelidik?
A: Borang tuntutan perlu diisi dengan lengkap seperti yang digariskan oleh Unit Bayaran, Jabatan Bendahari. Permohonan lengkap perlu diperakui oleh Dekan/Timbalan Dekan Fakulti/Ketua Penyelidik dan dipanjangkan kepada PPPI untuk pengesahan. Pihak PPPI akan memanjangkan permohonan kepada Jabatan Bendahari untuk diproses.

Soalan 3
Q: Apakah prosedur bagi pembayaran gaji RA/GRA?
A: Jabatan Bendahari akan mengeluarkan jadual pembayaran gaji bulanan RA/GRA untuk tempoh setahun bagi rujukan PPP dan penyelidik. Permohonan pembayaran yang lengkap perlu dihantar kepada PPP, dan pihak PPP perlu memanjangkan permohonan kepada Jabatan Bendahari mengikut jadual yang ditetapkan bagi mengelakkan kelewatan proses bayaran gaji, EPF dan SOCSO.

Soalan 4
Q: Bagaimanakah pihak penyelidik boleh mendapatkan penyata kewangan bagi projek penyelidikan?
A: Penyata boleh diperolehi melalui portal kewangan (AMV) dibawah Modul Trust/Research Account.

Selain itu penyata kewangan boleh diperolehi melalui Unit Kewangan Amanah dan Penyelidikan.

 

PEMBIAYAAN KOMPUTER

Soalan 1
Q: Apakah kelayakan pegawai bagi membolehkan membuat pinjaman komputer?
A: Kelayakan / Peraturan / Syarat:-

  • Skim pembiayaan ini ditawarkan kepada semua anggota Perkhidmatan Awam yang bertaraf tetap. Bagi pegawai bertaraf sementara, kontrak dan sambilan tidak layak untuk memohon.
  • Bagi pegawai yang bertaraf tetap tetapi cuti tanpa gaji, dipinjamkan atau dimana gaji pegawai tersebut dibayar oleh agensi selain dari USIM tidak layak memohon.
  • Jumlah potongan bulanan untuk pembelian komputer hendaklah tidak melebihi 1/3 daripada gaji pokok anggota dan jumlah semua potongan gajinya hendaklah tidak melebihi 60% dari jumlah gaji pokok serta elaun-elaun;
  • dibenarkan membuat pinjaman komputer setiap tiga tahun sekali dengan syarat pembiayaan terdahulu telah selesai.

Soalan 2

Q: Berapakah jumlah maksimum pembiayaan yang boleh dimohon dan kadar faedah yang dikenakan?

A:

  • Amaun pembiayaan maksimum adalah sebanyak RM5,000.00 dan akan dikira kepada angka ratusan yang terdekat;
  • Kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak 4% setahun.

Soalan 3

Q: Berapakah tempoh bayaran balik pembiayaan?

A: Tempoh bayaran balik adalah tidak melebihi 48 bulan.

Soalan 4

Q: Adakah pembelian komputer dibolehkan bersama dengan perkakasan yang lain?

A:

Pembelian komputer yang dibenarkan adalah pembelian komputer baru termasuk perkakasan dan perisiannya.

Komputer bagi maksud ini dikelaskan kepada 3 kategori seperti berikut:

  1. Komputer desktop;
  2. Komputer riba; dan
  3. Komputer tablet

Perkakasan bagi maksud ini dikelaskan kepada 3 kategori seperti berikut:

  1. Mesin pencetak
  2. Mesin pengimbas; dan
  3. Peranti pelbagai fungsi (multifunction device)

Soalan 5

Q: Apakah dokumen yang perlu dikemukakan untuk membuat pinjaman komputer ?
A: Dokumen-dokumen Yang Perlu Dikemukakan Untuk Permohonan:-

  • Permohonan boleh dibuat di portal AMV;
  • Salinan kad pengenalan ;
  • Salinan slip gaji terkini ;
  • Sebut harga komputer baru yang lengkap termasuk perkakasan & perisiannya
  • Pengesahan status keberhutangan staf daripada Bhg Perkhidmatan, Jabatan Pendaftar.

Soalan 6

Q: Bolehkah pegawai membeli komputer dengan mendahulukan duit sendiri dan menuntut pemulangan semula?
A: Tidak boleh. Pegawai perlu membuat permohonan terlebih dahulu dan sekiranya permohonan diluluskan cek bayaran akan dikeluarkan atas nama vendor atau pembekal komputer berkenaan berdasarkan invois yang dikemukakan.

Soalan 7
Q: Bolehkah pegawai membeli dua (2) buah komputer dalam satu permohonan tetapi tidak melebihi RM5,000
A: Tidak boleh. Setiap permohonan pembiayaan komputer hanya dibenarkan membeli sebuah komputer sahaja.

Soalan 8
Q: Bolehkah pegawai memohon pinjaman komputer untuk membeli komputer terpakai?
A: Tidak boleh. Permohonan pembiayaan komputer hanya untuk membeli komputer baru sahaja.

Soalan 9
Q: Bolehkah pegawai memohon pinjaman semula sekiranya pegawai telah selesai menyelesaikan baki keseluruhan pinjaman terdahulu atau tamat tempoh potongan gaji?
A: Boleh, sekiranya tempoh pembiayaan telah melebihi 3 tahun serta baki pinjaman terdahulu telah selesai sepenuhnya. Kelayakan pinjaman adalah setiap tiga (3) tahun sekali.

Soalan 10
Q: Pegawai telah pun mempunyai sebuah komputer persendirian tetapi ingin memohon pinjaman komputer bagi membeli mesin pencetak sahaja. Adakah dibenarkan?
A: Tidak boleh. Skim pinjaman komputer ialah untuk membeli komputer serta perkakasannya termasuk mesin pencetak, mesin pengimbas dan sebagainya secara sekaligus. Pembelian berasingan tidak dibenarkan.

Soalan 11
Q: Apakah dokumen yang perlu dikemukakan oleh pemohon setelah bayaran diterima oleh pembekal  ?
A: Seseorang pegawai yang mendapat pembiayaan membeli komputer hendaklah menyerahkan resit asal bagi komputer yang dibelinya kepada Jabatan Bendahari dalam tempoh 30 hari dari tarikh cek bayaran dikeluarkan. Kegagalan untuk menyerahkan resit pembelian boleh menyebabkan perjanjian pinjaman pegawai terbatal dan pegawai dikehendaki memulangkan semula keseluruhan amaun pembiayaan pinjaman yang diperolehi kepada Jabatan Bendahari.

Soalan 12
Q: Sekiranya pegawai ingin membuat bayaran penyelesaian awal bagi pembiayaaan, apakah yang perlu dilakukan?
A: Memaklumkan ke Unit Kewangan Amanah dan Penyelidikan melalui emel atau panggilan telefon bagi penyediaan surat jumlah baki pembiayaan yang perlu diselesaikan.

Pegawai juga perlu melampirkan bukti bayaran kepada Unit berkenaan untuk tujuan Unit berkenaan memaklumkan kepada Unit Gaji, Jabatan Bendahari bagi tujuan pemberhentian potongan gaji.

Soalan 13
Q: Adakah pegawai yang dipinjamkan perkhidmatannya di agensi lain atau telah tamat perkhidmatan di USIM boleh membuat bayaran secara ansuran bagi bayaran baki pembiayaan?
A: Jika pegawai menamatkan perkhidmatannya dengan Universiti atau ditamatkan oleh Universiti sebelum pembiayaan dijelaskan, pegawai hendaklah membayar sekaligus semua baki harga jualan.

Bagi pegawai yang dipinjamkan perkhidmatannya perlu menyelesaikan pembiayaan tersebut dengan organisai terdahulu atau pegawai perlu menyelesaikan semua amaun sekaligus kepada USIM sebelum ke organisasi baru.

Soalan 14
Q: Bolehkah pegawai memohon pembiayaan komputer dan kenderaan dalam satu masa yang sama?
A: Ya, pegawai boleh memohon bagi kedua-dua pembiayaan dalam tahun yang sama dengan syarat dimana potongan gajinya hendaklah tidak melebihi 60% dari jumlah gaji pokok serta elaun-elaun.

 

PEMBIAYAAN KENDERAAN

Soalan 1
Q: Apakah kelayakan pegawai bagi membolehkan membuat pembiayaan kenderaan?
A: Kelayakan / Peraturan / Syarat:-

  • Skim pembiayaan ini ditawarkan kepada semua anggota Perkhidmatan Awam yang bertaraf tetap. Bagi pegawai bertaraf sementara, kontrak dan sambilan tidak layak untuk memohon.
  • Bagi pegawai yang bertaraf tetap tetapi cuti tanpa gaji, dipinjamkan atau dimana gaji pegawai tersebut dibayar oleh agensi selain dari USIM tidak layak memohon
  • Jumlah potongan bulanan untuk pembelian komputer hendaklah tidak melebihi 1/3 daripada gaji pokok anggota dan jumlah semua potongan gajinya hendaklah tidak melebihi 60% dari jumlah gaji pokok serta elaun-elaun;
  • dibenarkan membuat pembiayaan setiap lima tahun sekali dengan syarat pembiayaan terdahulu telah selesai.

Soalan 2

Q: Berapakah jumlah maksimum pembiayaan yang boleh dimohon dan kadar faedah yang dikenakan?

A: Had pinjaman kenderaan dan motosikal adalah seperti berikut:

1.1 Untuk Membeli Kereta

Jawatan

Had Pinjaman / Pembiayaan

RM

Jawatan-jawatan Utama dan Jawatan-jawatan Gred Khas

70,000

Kumpulan Pengurusan dan Profesional

65,000

Kumpulan Sokongan (Kelulusan khas bagi gaji RM1,620 ke bawah)

55,000

 

1.2   Untuk Membeli Motosikal
i)   RM 5,000.00

  • Kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak 4% setahun.

Soalan 3
Q: Berapakah tempoh bayaran balik untuk pembiayaan kenderaan?

A: Tempoh bayaran balik adalah seperti berikut
i)   Kereta baru, tidak melebihi 108 bulan
ii)  Kereta terpakai, tidak melebihi 96 bulan tertakluk kepada Sijil Penilaian yang dikeluarkan  oleh pihak Jurutera Kerja Raya atau JPJ.
iii)  Motosikal baru, tidak melebihi 60 bulan
iv)  Motosikal terpakai, tidak melebihi 48 bulan

Soalan 4

Q: Apakah dokumen yang perlu dikemukakan untuk membuat pembiayaan kenderaan ?
A: Dokumen-dokumen Yang Perlu Dikemukakan Untuk Permohonan:-

  • Permohonan boleh dibuat di portal AMV;
  • Salinan kad pengenalan ;
  • Salinan slip gaji terkini ;
  • Salinan lesen memandu;
  • Sebut harga kenderaan yang lengkap termasuk aksesori dan lain-lain;
  • Sijil Penilaian JKR atau JPJ (bagi kenderaan terpakai)
  • Pengesahan status keberhutangan staf daripada Bhg Perkhidmatan, Jabatan Pendaftar.

Soalan 5

Q: Bolehkah pegawai membeli kenderaan dengan mendahulukan duit sendiri dan menuntut pemulangan semula?
A: Tidak boleh. Pegawai perlu membuat permohonan terlebih dahulu dan sekiranya permohonan diluluskan cek bayaran akan dikeluarkan atas nama vendor atau pembekal komputer berkenaan berdasarkan invois yang dikemukakan.

Soalan 6
Q: Bolehkah pegawai membeli dua (2) buah kenderaan, cth : motorsikal dan kereta dalam satu permohonan tetapi tidak melebihi kadar kelayakan
A: Tidak boleh. Setiap permohonan pembiayaan hanya dibenarkan membeli sebuah kenderaan sahaja samada motorsikal atau kereta.

Soalan 7
Q: Bolehkah pegawai memohon pembiayaan kenderaan melebihi amaun/tempoh yang dinilai JKR atau JPJ bagi kenderaan terpakai ?
A: Tidak boleh. Permohonan pembiayaan yang diberikan adalah berdasarkan atau kurang dari amaun/tempoh yang telah dinilai oleh JKR atau JPJ pada rekod Sijil Penilaian yang dikeluarkan.

Soalan 8
Q: Bolehkah pegawai memohon pinjaman semula sekiranya pegawai telah selesai menyelesaikan baki keseluruhan pinjaman terdahulu atau tamat tempoh potongan gaji?
A: Boleh, sekiranya tempoh pinjaman telah melebihi 5 tahun serta baki pinjaman terdahulu telah selesai sepenuhnya. Kelayakan pinjaman adalah setiap tiga (5) tahun sekali.

Soalan 9
Q: Bolehkah pegawai membeli kenderaan daripada orang perseorangan atau ahli keluarga?
A: Tidak boleh. Pembelian kenderaan perlulah melalui pembekal kenderaan atau pembekal kenderaan terpakai sahaja.

Soalan 10
Q: Apakah dokumen yang perlu dikemukakan oleh pemohon setelah bayaran diterima oleh pembekal?
A: Seseorang pegawai yang mendapat pembiayaan membeli kenderaan hendaklah menyerahkan resit asal bagi kenderaan yang dibelinya kepada Jabatan Bendahari dalam tempoh 30 hari dari tarikh cek