Unit Kewangan Amanah

/Unit Kewangan Amanah
Unit Kewangan Amanah 2019-03-20T13:06:49+00:00

AKAUN AMANAH

Soalan 1
Q: Apakah yang dimaksudkan dengan Akaun Amanah dan Akaun Khas?
A:Akaun Amanah merupakan akaun dalam sistem kewangan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diwujudkan untuk menyimpan semua wang yang diterima bagi sesuatu maksud amanah yang nyata dan jelas dan memastikan kawalan dilakukan dengan sebaik mungkin supaya memenuhi matlamat penubuhannya. (Pekeliling Bendahari Bil.07/2016). Akaun Amanah adalah melibatkan program jangka panjang iaitu melebihi 1 tahun.

Akaun Khas merupakan akaun dalam sistem kewangan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diwujudkan bagi program/ aktiviti/projek berjangka pendek. Ia bukan dikatogerikan sebagai akaun amanah. Oleh itu, ia tidak tertakluk kepada garis panduan pengurusan akaun amanah. Contoh aktiviti di bawah akaun khas adalah seminar, lawatan, lawatan GISO, program PTJ dan lain-lain (Pekeliling Bendahari (Pekeliling Bendahari Bil.08/2016).

Soalan 2
Q: Apakah objektif penubuhan Akaun Amanah dan Akaun Khas?
A: Objektif penubuhan Akaun Amanah/Khas untuk membolehkan pengendalian dan pentadbiran Akaun Amanah/Khas tersebut dibuat secara berasingan dan mengikut tujuan, objektif dan matlamat program/aktiviti yang telah ditetapkan. Selain itu, Akaun Amanah ini juga bertujuan untuk membolehkan setiap program/aktiviti yang dijalankan mempunyai wang sendiri (self financing) dan tidak bergantung kepada peruntukan wang mengurus USIM.

Soalan 3
Q: Apakah dokumen yang diperlukan bagi permohonan pembukaan Akaun Amanah dan Akaun Khas?
A: Dokumen yang diperlukan untuk permohonan pembukaan Akaun Amanah/Khas adalah :

  • Borang Permohonan Akaun Amanah/Khas
  • Kelulusan Pembukaan Akaun Khas Seminar/Persidangan adalah daripada Jawatnkuasa Penyelidikan dan Persidangan Universiti (JKPPU). Seterusnya, Kelulusan dari Ketua Jabatan bagi penganjuran program/aktiviti Jabatan/Fakulti/Pusat/Bahagian yang kurang daripada RM50,000.00 manakala Kelulusan dari Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) bagi penganjuran program/aktiviti Jabatan/Fakulti/Pusat/Bahagian yang melebihi daripada RM50,000.00.
  • Anggaran Belanjawan Program

Soalan 4
Q: Bagaimanakah prosedur permohonan Pembukaan Akaun Amanah/Khas:
A: PTj akan memohon kelulusan daripada Ketua Jabatan atau Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) mengikut had kuasa program. Setelah mendapat kelulusan, PTj akan mengisi Borang Permohonan Pembukaan Akaun Amanah (BEND/BKA/002) atau Permohonan Pembukaan Akaun Khas (BEND/BKA/005). Seterusnya menghantar Permohonan tersebut beserta dokumen sokongan dan kelulusan kepada Unit Kewangan Amanah dan Penyelidikan, Jabatan Bendahari.

Soalan 5
Q: Berapa lamakah masa yang diambil bagi kelulusan Permohonan Pembukaan Akaun Amanah/Khas?
A: 14 hari waktu bekerja

Soalan 6
Q: Bagaimanakah proses Penutupan Akaun Amanah dan Khas dilakukan?
A: Untuk Penutupan Akaun Amanah boleh merujuk kepada Pekeliling Bendahari Bil.7/2016. Manakala Penutupan Akaun Khas pula adalah seperti berikut :

  1. Penutupan akaun boleh dibuat selepas tamat program/aktiviti /projek atau selepas tempoh tiga (3) bulan dari tamat program /aktiviti/projek.
  2. PTj/Bendahari/Universiti boleh menutup akaun Khas tersebut.
  • Permohonan secara bertulis oleh PTj perlu diajukan kepada Jabatan Bendahari untuk sebarang penangguhan atau perlanjutan aktiviti bagi mengelakkan akaun khas tersebut ditutup.
  1. Sekiranya didapati Akaun Khas sudah tamat tempoh, Jabatan Bendahari boleh memaklumkan pengesahan penutupan kepada PTj dengan memberi pengesahan akhir baki beserta agihan yang ditetapkan dan sekiranya tiada permohonan bertulis untuk penangguhan atau perlanjutan tempoh program/aktiviti akaun khas tersebut.

Soalan 7
Q: Dimanakah pihak PTj boleh mendapatkan borang-borang yang berkaitan dengan Unit Kewangan Amanah dan Penyelidikan?
A: Untuk PTj yang ingin mendapatkan maklumat atau borang berkaitan Akaun Amanah dan Akaun Khas boleh mendapatkannya melalui melayari web myDocs USIM https://mydocs.usim.edu.my >Dokumen Jabatan >Jabatan Bendahari >Borang  > Bahagian Kewangan Amanah dan Penyelidikan

Soalan 8
Q: Bolehkah PTj membuat pindaan Jawatankuasa bagi Akaun Amanah dan Akaun Khas ini dan bagaimanakah prosedurnya?
A: Boleh. PTj boleh memaklumkan kepada pihak Bendahari maklumat berkenaan pertukaran Jawatankuasa bagi Akaun Amanah/Khas tertentu. Prosedur bagi Pindaan Jawatankuasa ini adalah PTj boleh mengisi borang Pindaan Jawatankuasa (BEND/BKA/003 di myDocs USIM) bagi Akaun Amanah. Sekiranya PTj ingin membuat pindaan jawatankuasa bagi Akaun Khas membuat makluman kepada pihak Bendahari melalui Memo/Surat.