Unit Gaji dan SLAB

/Unit Gaji dan SLAB
Unit Gaji dan SLAB 2018-09-25T10:16:09+00:00

Soalan 1
Q : Bilakah gaji bulanan akan dibayar (Kontrak/Tetap) ?
A : Tarikh pembayaran gaji adalah berdasarkan kelulusan Pengurusan Tertinggi Universiti.  Jadual Pembayaran Gaji akan dikeluarkan pada bulan Januari kepada Pusat Tanggungjawab sebagai makluman.

Soalan 2
Q : Bilakah gaji pertama staf baru (Kontrak/Tetap) akan dibayar ?
A : Gaji pertama staf baru hanya akan dibayar pada bulan kedua staf tersebut bertugas dengan syarat semua maklumat telah dikemaskini di dalam Sistem Al-Maaliyah dan Laporan Perubahan Gaji (LPG) diterima daripada Jabatan Pendaftar.

Soalan 3
Q : Bilakah gaji pekerja sambilan harian (PSH) akan dibayar?
A : Gaji PSH akan dibayar bermula minggu pertama bulan berikutnya.  Dokumen tuntutan termasuk salinan kad perakam waktu perlu dilampirkan dan dihantar kepada Bahagian Gaji dan SLAB pada 1hb (hari pertama bekerja bulan berikutnya).  Pembayaran gaji PSH tidak melibatkan Modul Gaji, Sistem al-Maaliyah. Slip Gaji tidak dikeluarkan kepada PSH.

Cth:  Gaji bulan November 2013 dibayar dalam bulan Disember 2013.

Soalan 4
Q : Bilakah upah Pembantu Penyelidik (RA) dan elaun Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA) akan dibayar?
A : Upah RA akan dibayar bermula minggu pertama bulan berikutnya.  Dokumen tuntutan yang lengkap termasuk salinan kad perakam waktu/ laporan myAkrab  perlu dilampirkan dan dihantar kepada Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) mengikut tarikh yang telah ditetapkan di dalam Jadual Bayaran Gaji RA & GRA oleh Unit Gaji, Jabatan Bendahari.  Pembayaran upah RA/ elaun GRA  tidak melibatkan Modul Gaji, Sistem al-Maaliyah. Slip Gaji tidak disediakan kepada RA. Pembayaran upah RA/ elaun GRA tertakluk kepada kedudukan kewangan tabung penyelidikan yang berkenaan.

Soalan 5
Q : Bagaimana staf (Kontrak/Tetap) boleh mengakses Slip Gaji bulanan?
A : Slip gaji bulanan boleh dicapai dan dicetak dari Portal Kewangan AMV2. Staf diminta supaya menyimpan salinan softcopy penyata gaji pada setiap bulan.

Soalan 6
Q : Bilakah tarikh akhir penghantaran Tuntutan Lebih Masa di Sistem myOT?
A : Tarikh akhir penghantaran Tuntutan Lebih Masa adalah selewat-lewatnya pada 10hb. setiap bulan bagi tarikh gaji pada 25hb.  Sekiranya tarikh pembayaran gaji adalah lebih awal (sila rujuk Jadual Pembayaran Gaji) maka tarikh akhir penghantaran Tuntutan Lebih Masa akan berubah berdasarkan makluman yang dikeluarkan pihak Jabatan Bendahari.

Soalan 7
Q : Apakah yang perlu dilakukan oleh  staf yang ingin membuat potongan Zakat melalui potongan gaji?
A : Bagi Potongan Zakat Negeri Sembilan staf perlu melengkapkan Borang Potongan Zakat USIM yang boleh dimuat turun di myDocs Jabatan Bendahari atau boleh juga menghantar Borang Potongan Zakat di cawangan Pusat Zakat Negeri Sembilan yang berdekatan. Bagi Pusat Zakat selain Pusat Zakat Negeri Sembilan, staf perlu merujuk pusat zakat yang berkenaan.

Soalan 8
Q : Apakah staf boleh meminta Potongan Cukai Berjadual (PCB) diberhentikan?
A : Potongan PCB tidak boleh diberhentikan kerana USIM sebagai pihak majikan adalah wajib membuat caruman PCB keatas staf yang layak dikenakan PCB.

Soalan 9
Q : Bilakan Borang Cukai EC (Penyata Saraan daripada Penggajian Kerajaan akan dikeluarkan?
A : Borang EC boleh dimuat turun dan dicetak dari portal kewangan AMV2 mulai 1 Mac setiap tahun.

Soalan 10
Q : Berapa kalikah Elaun Kakitangan Cuti Belajar dibayar dalam tempoh setahun?
A : Elaun Kakitangan Cuti Belajar dibayar 4 kali setahun iaitu setiap 3 bulan.

Soalan 11
Q : Bilakah Elaun Kakitangan Cuti Belajar dibayar?
A : Elaun Kakitangan Cuti Belajar dibayar sepertii berikut (bagi tahun 2019)

Tempoh Pembayaran
Jan – Mac 2019 Akhir Dis 2018
Apr – Jun 2019 Akhir Mac 2018
Jul – Sept 2019 Akhir Jun 2018
Okt – Dis 2019 Akhir Sept 2018

Soalan 12
Q : Adakah Kakitangan Cuti Belajar layak mendapat Imbuhan Tetap Perumahan & Bantuan Sara Hidup sekiranya Kakitangan tersebut telah menerima Elaun Bantuan Sewa Rumah & Elaun Bantuan Keluarga?
A : Tidak layak, kerana kakitangan hanya layak menerima salah satu sahaja.