Soalan 1
Q: Bilakah peruntukan akan dimasukkan ke dalam vot PTJ bagi membolehkan PTJ membuat perbelanjaan pada awal setiap tahun?
A: Peruntukan akan dimasukkan ke dalam sistem Al-Maaliyah selepas diperakukan di dalam Mesyuarat Agihan Bajet dan PTJ boleh membuat bayaran atau perbelanjaan berdasarkan kepada tarikh yang ditetapkan di dalam pekeliling tatacara penutupan akaun.

Soalan 2
Q: Bagaimanakah kaedah makluman perbelanjaan PTJ pada setiap bulan?
A: Perbelanjaan PTJ kini boleh dilihat melalui laporan di sistem.

Soalan 3
Q: Bagaimanakah PTJ ingin membuat permohonan viremen atau pindah peruntukan?
A: Permohonan viremen boleh dibuat dengan menggunakan borang bajet (BEND/BB/002) yang perlu ditandatangani oleh Ketua Jabatan dan dihantar kepada Unit Bajet untuk tindakan.

Soalan 4
Q: Bagaimanakah cara untuk melihat baki peruntukan di PTJ?
A: Baki boleh dilihat di sistem melalui modul Budgeting, kemudian klik di Variation Report.

Soalan 5
Q: Bilakah pembekal boleh menerima pembayaran pembangunan dari Jabatan Bendahari?
A: Bayaran secara EFT akan diproses dalam tempoh 14 hari dari tarikh dokumen lengkap diterima di Jabatan Bendahari.