BAYARAN

Soalan 1

Q: Berapa lamakah tempoh masa yang diambil dalam memproses tuntutan bayaran kepada pembekal?
A: Proses bayaran kepada pembekal akan dibuat tidak lebih dari 14 hari dari tarikh terima bil di Jabatan Bendahari dan dokumen lengkap diterima daripada PTJ.

Soalan 2

Q: Apakah dokumen yang di perlukan bagi pembayaran yang menggunakan pesanan rasmi?
A: Invois asal, Pesanan Rasmi Asal, nota penghantaran asal (jika berkaitan) dan daftar bil yang telah disahkan.

Soalan 3

Q: Bolehkah pembayaran dibuat jika pembekal tidak didaftarkan?
A:Tidak. Pembekal perlu didaftarkan dahulu sebelum pembayaran boleh dibuat.

Soalan 4

Q: Berapakah had maksimum pembelian menggunakan panjar wang runcit oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ)?
A: Had maksimum pembelian menggunakan panjar wang runcit adalah sebanyak RM500.00 dalam satu resit.

Soalan 5

Q: Bagaimanakah PTJ boleh menyemak status pembayaran kepada pembekal?
A: PTJ boleh menyemak status pembayaran melalui Sistem Al-Maaliyah AMV2. 

PENDAHULUAN

Soalan 1
Q: Berapakah had minima pendahuluan diri?
A: Had minima pendahuluan diri adalah seperti berikut:

Kumpulan/ Gred

Had Minima (RM)

Pengurusan dan Gred Profesional (Gred 41 dan ke atas)

500.00

Sokongan (Gred 17-30)

300.00

Sokongan  Bawahan ( Gred 1-16)

Tiada  Had

 

Soalan 2
Q: Berapakah had minima dan maksima pendahuluan pelbagai?
A: Had minima dan maksima pendahuluan pelbagai adalah seperti berikut:

Had Minima

Kumpulan/ Gred

Had Minima (RM) 

Pengurusan dan Gred Profesional (Gred 41 dan ke atas)

500.00

Sokongan (Gred 17-30)

300.00

Sokongan  Bawahan ( Gred 1-16)

Tiada  Had

Had Maksima

Kumpulan/ Gred

Had Maksima (RM) 

Kumpulan Pengurusan Tertinggi (Gred JUSA C -Turus 1)

Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 52 sehingga 54)

10,000.00

Pengurusan dan Gred Profesional (Gred 41 sehingga 51) &

Sokongan (Gred 17-40)

5,000.00

Sokongan  Bawahan ( Gred 1-16)

3,000.00

 

Soalan 3
Q: Apakah Syarat-Syarat Am Pendahuluan?
A: Syarat-syaratnya seperti berikut:
i) Semua staf berjawatan tetap/ Kontrak / Sementara. Staf kontrak/ Sementara  perlu  berkhidmat sekurang-kurangnya satu (1) tahun .
ii) Permohonan pendahuluan hendaklah dikemukakan selewat-selewatnya 7 hari sebelum tarikh cek diperlukan atau tarikh perjalanan/program/aktiviti diadakan.
iii) Pendahuluan tidak akan dikeluarkan sekiranya perjalanan/program/aktiviti telah dilaksanakan . Sekiranya dibatalkan atau ditunda melebih 1 bulan, wang pendahuluanhendaklah dikembalikan dalam tempoh 7 hari dari tarikh pembatalan.

Pendahuluan yang baru TIDAK BOLEH diberikan sekiranya masih terdapat pendahuluan terdahulu yang belum dijelaskan.