Unit Aset dan Insurans

/Unit Aset dan Insurans
Unit Aset dan Insurans 2019-03-27T10:42:42+00:00

Unit Aset dan Insurans menguruskan semua hal ehwal pengurusan aset USIM iaitu:

* Penerimaan aset;
* Pendaftaran;
* Penggunaan, penyimpanan dan pemeriksaan;
* Penyelenggaraan;
* Pindahan; dan
* Kehilangan dan hapus kira aset.

MENGURUSKAN PENDAFTARAN HARTA MODAL / ASET ALIH BERNILAI RENDAH

  • Menyemak data pendaftaran aset
  • Mengesahkan pendaftaran aset
  • Menjernalkan transaksi pendaftaran yang salah kod akaun
  • Menyemak data-data pendaftaran sama seperti di general ledger
  • Membantu PTJ jika menghadapi masalah berkaitan dengan pendaftaran
  • Menyimpan maklumat dan dokumen yang berkaitan dengan rekod pendaftaran

MENGURUSKAN MESYUARAT JAWATANKUASA ASET ALIH KERAJAAN (JKPAK)

  • Merangka dan mencadangkan Jadual / Takwim Mesyuarat
  • Menyediakan laporan untuk dibentangkan dalam mesyuarat
  • Menyediakan minit mesyuarat JKPAK
  • Melaksanakan tindakan dan maklumbalas selepas JKPAK
  • Menyimpan dokumen berkaitan dengan JKPAK

MENYEDIAKAN LAPORAN TAHUNAN KEPADA KPT

  • Laporan Tahunan Harta Modal / Aset Alih Bernilai Rendah mengikut PTJ.
  • Sijil Pemeriksaan Tahunan Aset
  • Laporan Tahunan Pelupusan
  • Laporan Tindakan Surcaj / Tatatertib Aset
  • Laporan Kehilangan & Hapuskira
  • Laporan berkaitan dengan Unit Pelupusan dan Pengurusan Stor

MENYEDIAKAN LAPORAN PEMBELIAN ASET HM OS 3500

  • Menyediakan senarai perolehan Harta Modal borang QEA/Q : Laporan Suku Tahun Perbelanjaan Pembelian Harta Modal
  • Memastikan laporan yang telah siap di hantar untuk pengesahan Naib Canselor

MENYEDIAKAN DOKUMEN TENDER/ SEBUTHARGA BAGI POLISI – POLISI INSURANS ASET DAN TUNTUTAN INSURANS

  • Menyediakan dokumen mengikut spesifikasi yang dikehendaki
  • Melaraskan mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan dengan sebutharga untuk penilaian Harga , Teknikal dan Penyelarasan
  • Mengeluarkan surat setuju terima dan membuat tindakan susulan dengan Petender yang berjaya
  • Memastikan polisi-polisi insurans diperolehi dan disimpan
  • Memastikan aset yang diinsuranskan dibuat tuntutan apabila berlaku bencana
  • Menyediakan dokumen bagi proses tuntutan sehingga selesai tuntutan

MENGURUSKAN PROSES KEHILANGAN DAN HAPUSKIRA HARTA MODAL / ASET ALIH BERNILAI RENDAH

  • Mencadangkan nama bagi keanggotaan Jawatankuasa Penyiasat Kehilangan
  • Menyediakan laporan kes kehilangan beserta cadangan tindakan dan ulasan Jawatankuasa Penyiasat Kehilangan kepada Naib Canselor untuk disemak dan disahkan
  • Memastikan Sijil Hapuskira Aset dikeluarkan setelah proses kehilangan selesai.
  • Mengeluarkan rekod Harta Modal / Aset Alih Bernilai Rendah di dalam sistem

MENGURUSKAN PROSES PELUPUSAN ASET USIM

  • Mengemaskini rekod pelupusan di dalam sistem
  • Menyemak butiran maklumat Laporan Pemeriksa Aset Alih Kerajaan
  • Memastikan Sijil Pelupusan Aset Alih Kerajaan dikeluarkan