PIAGAM PELANGGAN

Dalam merealisasikan misi dan wawasan untuk menjadikan Jabatan Bendahari USIM sebagai sebuah jabatan yang terkehadapan dalam pengurusan kewangan bagi menyokong pencapaian matlamat Universiti dan memartabatkan kecemerlangan dalam pengurusan kewangan kepada masyarakat, negara dan dunia sejagat selaras dengan moto Jabatan Bendahari “Terurus, Telus dan Tepat”, dengan izin Allah S.W.T maka kami dengan penuh tekad dan iltizam berjanji untuk memenuhi hak-hak pelanggan dalaman dan luaran seperti berikut :

 

1.0 PELANGGAN DALAMAN

      1.1 Kepada Pelajar

  • Semua pembayaran biasiswa kepada pelajar yang layak dibayar akan dibuat dalam  masa 14 hari bekerja selepas menerima bantuan kewangan dari penaja;dan
  • Semua pembayaran pendahuluan kepada pelajar akan dibayar dalam masa 7 hari bekerja selepas menerima permohonan yang lengkap.

      1.2 Kepada staf dan Ptj

  • Gaji kakitangan dibayar tepat pada tarikh yang ditetapkan dalam Pekeliling Bendahari;
  • Semua Pesanan Rasmi dikeluarkan dalam masa 7 hari bekerja selepas menerima Permintaan Pesanan bersama-sama dokumen sokongan yang lengkap;
  • Semua permohonan pendahuluan kakitangan diproses dan dibayar dalam masa 7 hari bekerja selepas menerima permohonan yang lengkap;
  • Semua tuntutan perjalanan yang telah lengkap akan diurus dan dibayar dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh diterima oleh Jabatan Bendahari; dan
  • Memastikan kelulusan permohonan pengeluaran barang di Stor Pusat yang lengkap dilaksanakan dalam tempoh 3 hari bekerja.

 

2.0 PELANGGAN LUAR

      2.1 Kepada Pembekal

  • Semua tuntutan bayaran dibuat dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh daftar bil beserta dengan dokumen yang lengkap diterima oleh Jabatan Bendahari; dan
  • Memastikan resit rasmi dikeluarkan serta merta selepas terimaan hasil diterima di kaunter Jabatan Bendahari.

      2.2 Kepada Kementerian/Agensi Kerajaan

  • Memastikan laporan perbelanjaan mengurus dan pembangunan dihantar kepada Kementerian sebelum 10 haribulan berikutnya setiap bulan.

 

 

 

 

 Jabatan Bendahari
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8201/8265, Faks: +606-798 4823/6011, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.