Konvensyen Inovatif & Kreatif

PENCAPAIAN KONVENSYEN INOVATIF DAN KREATIF (KIK JABATAN BENDAHARI USIM)

 

KIK 2010

 

Pasukan KIK Jabatan Bendahari 2010 (Kumpulan CREATION) telah diterajui oleh Cik Zuraida Zakaria sebagai Fasilitator dan Cik Hanan Abdullah sebagai Ketua Kumpulan. Kumpulan tersebut telah memperolehi Tempat Keempat dalam Konvensyen KIK Peringkat USIM Tahun 2010.

 

 

KIK 2011

Pasukan KIK Jabatan Bendahari Untuk Tahun 2011 iaitu Kumpulan DAZZLE diterajui oleh Pn. Ilham Suhana Idris sebagai Fasilitator dan Cik Inol Izwin Md. Idris sebagai Ketua Kumpulan. Kumpulan tersebut telah memperolehi Tempat Ketiga dalam Konvensyen KIK Peringkat USIM Tahun 2011. Kumpulan Dazzle juga telah terpilih untuk menyertai Anugerah Inovasi Kementerian Pengajian Tinggi Tahun 2012

KIK 2012

Pada 31 Januari 2013, Pasukan KIK Jabatan Bendahari (Kumpulan CAMSHAFT)  telah meneruskan kecemerlangan dengan berjaya memperolehi Tempat Kedua (Naib Johan) dalam Konvensyen KIK Peringkat USIM Tahun 2012. Kumpulan tersebut diterajui oleh En. Suhaimi Affandi Dato’ Hj. Sudin sebagai Fasilitator dan En. Fauzi Amirrudin sebagai Ketua Kumpulan. Dengan kecemerlangan tersebut, kumpulan telah terpilih untuk mewakili Universiti dalam Konvensyen KIK Peringkat IPTA Kali Ke-9 di Universiti Utara Malaysia pada 21-22 Mei 2013. Kumpulan CAMSHAFT telah berjaya memperolehi penarafan GANGSA pada Konvensyen tersebut. Pada 8 Oktober 2013, Kumpulan CAMSHAFT telah menyertai Konvensyen KIK Peringkat Bendahari IPTA Kali Pertama di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Syabas kepada kumpulan ini yang telah berjaya mengharungi cabaran yang getir dimana kumpulan ini terpaksa membuat persembahan dalam keadaan gelap gelita iaitu ketika bekalan elektrik telah terputus di seluruh UKM dan kawasan sekitar Bangi.

Terima kasih kepada semua warga Jabatan Bendahari yang telah terlibat dalam KIK samada secara langsung atau tidak langsung.

 

(Foto: Ahli kumpulan CAMSHAFT di Dewan Pertandingan Konvensyen KIK Peringkat IPTA Kali Ke-9 di UUM)

(Foto: Kumpulan CAMSHAFT telah mendapat penarafan GANGSA pada Konvensyen KIK Peringkat IPTA Kali Ke-9)

(Foto: Majlis Makan Malam & Penyampaian Hadiah Konvensyen KIK Peringkat Jabatan Bendahari IPTA di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 8 Oktober 2013)

 

 

KIK 2013

Jabatan Bendahari akan meneruskan kecemerlangan dalam KIK dengan mengemukakan pasukan yang lebih mantap dan berkarisme tinggi dalam memburu kecemerlangan demi meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan Jabatan. Menerusi program KIK, semangat setiakawan dan kerjasama erat semua staf Jabatan Bendahari akan dapat dipupuk dengan lebih berkesan, lebih-lebih lagi dengan adanya tunjuk ajar dan sokongan penuh yang tidak terhingga daripada Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Dr Asma Ismail. Warga Jabatan Bendahari akan terus menyokong program KIK samada di Peringkat USIM, Bendahari IPTA serta Peringkat IPTA malah akan bekerja keras untuk membawa nama USIM ke Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.

 

 Jabatan Bendahari
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8201/8265, Faks: +606-798 4823/6011, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.