Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana diberikan kesempatan untuk saya memberikan kata aluan di dalam Laman Sesawang Jabatan Bendahari. Semoga laman sesawang ini menjadi salah satu medium komunikasi yang berkesan di antara Jabatan Bendahari dengan seluruh warga kampus dan para pelanggan Jabatan.

Laman sesawang Jabatan Bendahari ini dibangunkan sejajar dengan teras utama Jabatan Bendahari iaitu keseimbangan dan paduan di antara pengurusan kewangan yang terurus, telus, dan tepat serta penghayatan nilai-nilai Islam bagi pengurusan kewangan yang berintegriti dan berkualiti. Ini amat penting disebarluaskan sebagai langkah ke hadapan untuk membolehkan warga kampus dan pelanggan luar mengetahui peranan dan sumbangan yang dimainkan oleh Jabatan Bendahari dalam meningkatkan tahap kecemerlangan pengurusan kewangan universiti.

Maklumat yang boleh diperolehi dari laman sesawang ini meliputi maklumat korporat, organisasi, pengurusan kewangan dan perakaunan. Perkhidmatan atas talian seperti AMV2, myClaim, myVAS, dan myOT juga disediakan bagi memudahkan para pelanggan berurusan dengan Jabatan ini

Cadangan amat lah dialu-alukan agar penambahbaikan laman sesawang ini dapat dijalankan secara berterusan. Saya berharap maklumat yang disediakan melalui laman sesawang ini akan memberi manfaat kepada semua pelanggan Jabatan.

Sekian, selamat melayari laman sesawang rasmi Jabatan Bendahari USIM.

Terima kasih.

YBHG. DATO’ HAJI MOHD ABD RASID MOHD FADZIL

Bendahari

Universiti Sains Islam Malaysia

27 Ogos 2018