Pelaburan

  1. Mengenalpasti kedudukan semasa kewangan universiti bagi mengoptimumkan kewangan universiti
  2. Menganalisa pelaburan yang bersesuaian dengan Universiti
  3. Membuat pelaburan di institusi kewangan yang bersesuaian dengan universiti
  4. Menyediakan dokumen-dokumen berkaitan sebelum, ketika dan selepas pelaburan
  5. Merekod pulangan keuntungan melalui pelaburan yang dibuat
  6. Menyediakan laporan secara berkala bagi mengenalpasti kedudukan semasa pelaburan dan pulangan keatas pelaburan
  7. Mengemaskini data berkaitan pelaburan setiap bulan.
  1. Mengawalselia penukaran sijil pelaburan mudharabah yang telah matang.

 

Pengurusan Kafeteria

  1. Menyemak kekosongan semasa bagi kafeteria sekitar universiti
  2. Membuat pemilihan keatas kafeteria yang bersesuaian dalam universiti
  3. Menyediakan perjanjian keatas penyewaan
  4. Mengeluarkan inbois tuntutan keatas sewaan dan utiliti bagi kafeteria yang berjalan dalam universiti
  5. Menyediakan laporan semasa kedudukan kafeteria universiti

 

Kewangan korporat

  1. Menyediakan dokumen permohonan kad korporat keatas pegawai-pegawai universiti yang berkelayakan
  2. Mengawal selia kad korporat universiti
  3. Berhubungan dengan institusi kewangan bagi mendapatkan maklumat korporat terkini bagi universiti
  4. Menyemak semula polisi-polisi berkaitan dan mengemaskini polisi tersebut selaras dengan penggunaan semasa
  5. Mengawalselia proses pertukaran akaun bank utama universiti dan pecahan akaun-akaun yang sedia ada di USIM
  6. Melaporkan kertas cadangan produk yang ditawarkan oleh institusi korporat
  7. Menyediakan perjanjian bagi produk-produk institusi korporat yang digunapakai oleh pihak universiti

 

Akaun Enterprise

  1. Menyemak dan menyediakan kelulusan bagi aktiviti akaun enterprise yang diadakan dalam universiti
  2. Menyediakan laporan kedudukan semasa akaun enterprise yang diluluskan
  3. Mendapatkan maklumat kedudukan semasa kewangan akaun enterprise daripada pihak USIM Tijarah Holding Sdn Bhd
  4. Membuat semakan keatas maklumat kewangan yang dibekalkan oleh UTHSB
  5. Melaporkan kewangan semasa aktiviti akaun enterprise

 

GST

  1. Menyediakan dan menghantar laporan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) secara berkala mengikut tempoh yang ditetapkan
  2. Menyediakan pembayaran atau tuntutan kepada JKDM bersama-sama laporan dihantar.
  3. Membuat semakan berkaitan kod akaun dan kon cukai yang berkaitan dengan GST secara berkala
  4. Membuat pelarasan pembetulan bagi kadar caj GST untuk tujuan laporan kepada JKDM
  5. Menyediakan sijil pelepasan cukai yang ditandatangani pegawai terlibat kepada pembekal yang dibenarkan
  6. Membuat semakan secara berkala ke dalam website JKDM dan berhubung dengan pihak JKDM bagi mendapatkan maklumat terbaru berkaitan dengan pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak JKDM
  7. Membantu dalam menyediakan garis panduan berkenaan dengan GST

 Jabatan Bendahari
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8201/8265, Faks: +606-798 4823/6011, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.