AKAUN

1. Bertanggungjawab menyediakan Penyata Kewangan Bulanan dan Tahunan USIM.

  1. Bertanggungjawab mengurus, menyelia, menyemak segala urusan perekodan dan perakaunan USIM.
  • Menyemak dan mengemaskini setiap perekodan dan pelarasan Lejer Subsidiari seperti Lejer Penghutang, Pemiutang, Pelajar dan sebagainya.
  • Memantau sebarang perekodan dan pelarasan yang dibuat agar  seimbang dengan Lejer Am.

    b. Bertanggungjawab menyediakan Penyata Penyesuaian Bank.            

  • Memastikan Penyata Penyesuaian Bank dapat dikemaskini mengikut bulan semasa.
  • Memastikan segala pelarasan bank yang dibuat adalah tepat dan betul.

    c. Memastikan Penyediaan Tatacara Penutupan Akaun Tahunan mengikut tarikh yang telah   ditetapkan.

   d. Memastikan proses penutupan akaun dilaksanakan mengikut tatacara Penutupan Akaun.   


2. Bertanggungjawab Menyediakan Nota Jemaah Menteri (NJM) dan Memorandum Jemaah Menteri (MJM) USIM .

3. Bertanggungjawab menguruskan Pengauditan Kewangan.

  • Memastikan Penyata Kewangan Belum Diaudit disediakan untuk tujuan pengauditan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
  • Memastikan segala dokumen sokongan untuk tujuan pengauditan diperolehi daripada setiap Bahagian berkaitan.
  • Menguruskan persediaan berkaitan dengan pengauditan Penyata Kewangan.
  • Memastikan Penyata Kewangan Telah Diaudit mendapat Sijil Bersih daripada Jabatan Audit Negara.

4. Bertanggungjawab menguruskan semua pelaporan kewangan USIM bagi pihak-pihak tertentu dari masa ke semasa.

5. Bertanggungjawab memastikan segala rekod-rekod perakaunan dikemaskini dan disimpan rapi bagi tujuan pengauditan.

SISTEM

1. Bertanggungjawab memantau Penggunaan Sistem.

  • Memantau dan menyelaras penggunaan Sistem Kewangan agar menetapi keperluan Jabatan Bendahari.
  • Memastikan maklumat dan transaksi di dalam Sistem Kewangan  adalah dan boleh dipercayai.
  • Memastikan keperluan pengguna Sistem Kewangan dipantau.

2. Bertanggungjawab menyelaras penambahbaikan dan perubahan sistem.

  • Menyelaras penambahbaikan dan perubahan sistem dengan Pusat Teknologi Maklumat (PTM).                                                                                


 

 

 

 Jabatan Bendahari
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8201/8265, Faks: +606-798 4823/6011, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.