Bajet 2014 - Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji
 
 
Salam hormat, 

YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak selaku Menteri Kewangan pada 25 Oktober 2013,  telah membentangkan Bajet 2014 iaitu pelan kewangan lengkap yang proaktif dalam memenuhi janji kerajaan untuk memakmurkan negara dan mensejahterakan rakyat.

Bertemakan ‘Memperteguhkan Ketahanan Ekonomi, Memperkasakan Transformasi dan Melaksanakan Janji’, bajet itu telah  menggariskan lima teras iaitu Merancak Aktiviti Ekonomi; Mengukuh Pengurusan Fiskal; Mengungguli Modal Insan; Mempergiat Pembangunan Bandar dan Luar Bandar dan Mensejahterakan Kehidupan Rakyat.

Sukacita dimaklumkan bahawa pautan bagi Teks Ucapan YAB Dato' Sri Mohd Najib dan Senarai Lampiran Bajet 2014 adalah seperti berikut:

1. http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ub14.pdf

 2. http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/lampiran14.pdf

Sekian, untuk makluman.

 Jabatan Bendahari
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8201/8265, Faks: +606-798 4823/6011, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.