Merujuk kepada Pekeliling Bendahari Bil. 27/2012 bertarikh 5 November 2012, adalah dimaklumkan bahawa tarikh akhir penghantaran Daftar Bil, T untutan Perjalanan dan Tuntutan Pensyarah Sambilan ke Jabatan Bendahari adalah pada 14 Disember 2012 selewat-lewatnya jam 5.00 petang.
 
Pusat Tanggungjawab (PTJ)  diminta untuk memastikan agar bekalan / perkhidmatan yang telah dibuat penerimaan barang dalam tahun 2012 dibuat Daftar Bil dan dihantar ke Jabatan Bendahari dengan SEGERA.
 
Pusat Tanggungjawab (PTJ) / Kakitangan juga diingatkan agar memastikan dokumen Tuntutan Bayaran dilampirkan bersama dengan dokumen-dokumen sokongan yang lengkap untuk memastikan proses pembayaran dapat dilakukan dengan lancar.
 
Sehubungan itu, fungsi Skrin Penyediaan Daftar Bil di PTJ untuk Sistem Al-Maaliyah akan mula ditutup berkuatkuasa
14 Disember 2012 jam 5.00 petang.
 
Harap Maklum

 Jabatan Bendahari
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8201/8265, Faks: +606-798 4823/6011, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.