Pada 17 September – 30 Sptember 2013, satu sesi Audit Pengurusan Kewangan telah dijalankan oleh Jabatan Audit Negara. Objektif pengauditan ini adalah untuk menilai samada pengurusan kewangan USIM dijalankan dengan cekap dan teratur serta mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Skop pengauditan meliputi aspek kawalan pengurusan, kawalan bajet, kawalan terimaan, kawalan perbelanjaan, pengurusan akaun amanah/kumpulan wang amanah dan deposit, pengurusan aset dan stor, pengurusan pelaburan dan pinjaman serta analisis penyata kewangan USIM meliputi tahun 2012 sehingga Julai 2013. Jabatan Audit Negara melaksanakan sistem penarafan indeks akauntabiliti bagi menilai tahap pengurusan kewangan USIM. Jabatan Bendahari berharap agar dapat mengekalkan penarafan 4 Bintang yang diperolehi pada tahun 2011.

                                    
   

 Jabatan Bendahari
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8201/8265, Faks: +606-798 4823/6011, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.