Mesyuarat Pemeriksaan Bajet IPTA 2014 bagi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah diadakan pada 25 April 2013 di Dewan Senat, Aras 3 Bangunan Canselori. Mesyuarat ini merupakan mesyuarat tahunan bagi USIM yang bertujuan untuk membincangkan secara terpeinci keperluan bajet Universiti Sains Islam Malaysia bagi tahun 2014.

Mesyuarat ini dihadiri oleh wakil dari Kementerian Kewangan Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.  Mesyuarat ini dipengerusikan sendiri oleh Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Asma Ismail, Naib Canselor USIM dan turut dihadiri oleh ahli-ahli JKPU yang lain seperti Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad, Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamed Asin Dollah beserta ahli JKPU yang lain, dekan dan ketua-ketua jabatan.

              
   

 

 

 

 Jabatan Bendahari
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8201/8265, Faks: +606-798 4823/6011, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.