Pada 10 April 2013,  Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Bengkel Outcome Based Budget 2013 yang diadakan pada 9 – 10 April 2013 di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah. Bengkel ini dihadiri oleh wakil dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia iaitu Puan Misjijah Binti Marul,Ketua Penolong Setiausaha Kanan,Bahagian Kewangan,Kementerian Pengajian Tinggi selaku penceramah dan turut dihadiri oleh Y.Bhg.Prof. Dato’ Dr. Asma Ismail, Naib Canselor USIM. Ahli – ahli JKPU lain juga turut hadir beserta ketua-ketua fakulti,ketua-ketua jabatan dan penolong pendaftar.

Tujuan bengkel yang diadakan selama dua hari ini adalah untuk memberi penerangan dan membincangkan  serba sedikit tentang pembangunan dan pelaksanaan Outcome Based Budgeting di sektor awam. Bengkel ini membolehkan para peserta memahami proses perancangan pembangunan yang menggunakan pendekatan berasaskan outcome.

                   
   

 

 

 Jabatan Bendahari
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8201/8265, Faks: +606-798 4823/6011, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.