Meraikan YBhg. Puan Siti Nurbaya Ismail sebagai Bendahari USIM dan Jamuan Aidilfitri Aras 4 Jabatan Bendahari.

Warga Jabatan Bendahari mengucapkan tahniah dan Selamat Menjalankan Tugas

Majlis Agihan Bubur Lambuk

21 April 2022 –Bagi meraikan keberkatan bulan Ramadan 1443H, Jabatan Bendahari berkesempatan mengadakan Majlis Agihan Bubur Lambuk oleh Pemangku Bendahari, Puan Siti Nurbaya Ismail. Menurutnya, agihan bubur lambuk kepada staf Jabatan Bendahari sebagai menghargai kerjasama yang terjalin serta mengeratkan silaturrahim sesama staf selain tanda syukur dapat menjalankan tanggungjawab berpuasa kali ini.

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat.”

– Surah Ibrahim, Ayat 7 –

Sesi Penilaian Dokumen MyRA 2019 & 2020

Pada 23 Februari 2022,  wakil Jabatan Bendahari USIM telah menghadiri Sesi Penilaian Dokumen Bagi Pencapaian Malaysia Research Assessment (MYRA) Tahun 2019 dan 2020 bertempat Di Dewan Za’ba, Kementerian Pengajian Tinggi, Putrajaya. Universiti yang turut dinilai pada hari tersebut adalah UMK, UNIMAP, UUM, UMP dan UTHM.

VIDEO AMALAN TERBAIK

(PAUTAN RAKAMAN)

Majlis Bacaan Yasin dan Sumbangan

Majlis yang dipimpin oleh En. ‘Izzat Hazwan bin Zahri, Penolong Bendahari turut dihadiri oleh mantan Bendahari USIM, YBhg. Dato’ Haji Mohd Abd Rasid Mohd Fadzil. Majlis dihadiri oleh staf Jabatan Bendahari bagi mendoakan rakan-rakan yang disahkan positif Covid-19 serta berita dukacita melibatkan warga USIM yang menghadapi musibah bencana alam dan pemergian orang-orang tersayang. Kami Warga Jabatan Bendahari mendoakan kebaikan untuk semua, semoga Allah merahmati usaha kita. Semoga tahun 2022 memberi lebih kejayaan, kesihatan dan kesejahteraan buat kita semua.

Sumbangan daripada Warga Kerja Jabatan Bendahari kepada rakan-rakan jabatan yang disahkan positif Covid-10. Didoakan semoga kalian diberi kesembuhan, kekuatan hati dan kesihatan berpanjangan oleh Allah.

“Wahai manusia, Sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit  (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.”- Surah Yunus:57)

KLIK DI SINI UNTUK RAKAMAN PENUH

Gotong-Royong Penyusunan Baucer

Aktiviti gotong royong penyusunan baucer dilaksanakan bersama dalam kalangan warga kerja Jabatan Bendahari pada 11 dan 12 Januari 2022.

وَ تَعاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَ التَّقْوى‏ وَ لا تَعاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَ الْعُدْوان

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.” (Qs Al-Maidah [5]: 2)

INTEGRITI DALAM BEKERJA (6 OGOS 2021)

YBhg. Dato’ Mohd Abd Rasid Mohd Fadzil
Mantan Bendahari USIM

(PAUTAN RAKAMAN)

AMANAH DALAM PEKERJAAN:
INTEPRETASI DAN IMPLIMENTASI NAQLI DAN AQLI WARGA USIM (3 SEPTERMBER 2021)

Dr. Mohd Shamsul Hakim Abd Samad
Pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah

(PAUTAN RAKAMAN)

JOM KENDALI KESIHATAN KITA : OBESITI (1 OKTOBER 2021)

Dr. Anu Suria A/P Ganason
Pakar Perubatan Keluarga
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan

(PAUTAN RAKAMAN)

STROKE : KENALI DIRIKU (5 NOVEMBER 2021)

Dr. Yafizah Yahaya
Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan

(PAUTAN RAKAMAN)

Program Kesedaran dan Pendidikan Impak Pembuangan Penutup Muka Secara Berkesan

Sijil Penarafan Lamanweb Jabatan Bendahari 2021