TAHUN 2023

Majlis Pelantikan YBrs. Encik Hezan Shah Zainuddin

TAHUN 2022

Artikel Majlis Apresiasi Jabatan Bendahari

KLIK DI SINI UNTUK GAMBAR

Majlis Apresiasi Semai Kemesraan Warga Jabatan Bendahari

8 September 2022 – Hasrat meraikan semangat berpasukan warga kerja dan penghargaan kepada kakitangan yang telah bersara berlangsung meriah dan lancar. Majlis Apresiasi Jabatan Bendahari bertemakan minum petang bertempat di Hotel Sama-Sama dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Timbalan Bendahari Kanan, Pn. Zuraida Zakaria turut diserikan dengan kehadiran Mantan Bendahari, Dato’ Hj Mohd Abd Rasid Mohd Fadzil dan isteri serta yang diraikan, Pn. Inol Izwin Md Idris.

Pn Zuraida dalam ucapannya berkata, Majlis Apresiasi sebagai satu medan mengeratkan ukhwah dan jalinan kemesraan dalam kalangan staf jabatan.

“Majlis yang julung kali diadakan di luar USIM juga sebagai majlis kenang-kenangan bagi menghargai sumbangan Pn. Inol Izwin sepanjang perkhidmatan beliau di Jabatan Bendahari,” ucapnya.

Dalam majlis tersebut, hadirin disajikan dengan tayangan montaj penghargaan khas yang ditujukan khas buat Pn. Inol Izwin mengenangkan kehadiran beliau dalam jabatan ini amat disenangi malah dirasai setelah tamatnya perkhidmatan beliau.

Selain itu, Pn. Inol Izwin turut diraikan dalam acara potong kek serta menerima cenderamata sebagai tanda penghargaan Jabatan Bendahari kepada beliau.

Memetik ucapan rakan-rakan seperjuangan, Pn. Inol Izwin disifatkan sebagai seorang rakan sekerja yang tegas dalam memimpin pasukannya selain amat dedikasi dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Tambahan, suasana sedih dirasai namun begitu seisi dewan kembali ceria dan mendoakan kesihatan yang berpanjangan buat Pn. Inol Izwin.

Ucapan ringkas daripada Pn. Inol Izwin mengatakan bahawa beliau berasa terharu selain mengucapkan terima kasih atas penghargaan dan ingatan Jabatan Bendahari kepadanya.

Majlis Apresiasi Jabatan Bendahari 2022 kali ini dijayakan oleh Jawatankuasa Pelaksana Program Jabatan Bendahari 2022 yang diketuai oleh Pn. Zuraida Zakaria sebagai Penasihat dan Pn. Nur Maziah Mustaffa sebagai Pengerusi bersama Ahli Jawatankuasa dilantik. Pengacara Majlis turut menambah keceriaan yang dikelolakan oleh En. Norman Iskandar Abdul Jamal dan Cik Nurmusfirah Norazman.

Barisan Jawatankuasa Program

Timbalan Pengerusi: Izzat Hazwan Zahri
Setiausaha: Syazlyna Jamil
Penolong Setiausaha: Latipah Adun
Bendahari Tabung: Nur Safrizan Azhari
Bendahari Program: Nur Azah Kasman

Ajk Publisiti & Video:

‘Izzat Hazwan Zahri
Osman Ismail
Norhaswati Mat Naffi
Nor Shakira Rosman

Ajk Lokasi Dan Jamuan:

Siti Norazlina Mohd Zainal
Khairunnisa Ahmad

Ajk Kehadiran & Aturcara:

Nurismawati Abdul Majid
Nur Rasyidah Rawi

Ajk Hadiah:

Khaslinda Mukhtaruddin
Noridayu Yaakub
Noor Khartini Binti Yusof
Nor Najihah Fauzi
Nurmusfirah Norazman

Ajk Logistik & Teknikal:

Ahmad Asyraf Rahmat
Herman Mohd Noor
Norman Iskandar Abd. Jamal
Md. Akhair Desa

Bengkel Penjanaan dan Penetapan Kadar Sewaan Universiti

Bengkel tersebut telah berlansung dengan jayanya dan telah mendapat banyak input-input positif daripada semua PTJ USIM.

Audit Kewangan USIM 2022

Jabatan Audit Negara (JAN) melalui Firma Audit Swasta (FAS), Tetuan Mohd Nizaruddin & Co menjalankan proses pengauditan kewangan di Jabatan Bendahari USIM bagi Penyata Kewangan Disatukan USIM bagi tahun berakhir 31 Disember 2021

Majlis Pelancaran Sistem e-Perolehan USIM (eP@USIM)

Majlis Perasmian Sistem  ePerolehan USIM  (eP@USIM) telah disempurnakan oleh Prof. Dr. Ts. Sharifudin Md. Sharani yang menjalankan fungsi Naib Canselor pada 15 Jun 2022 bertempat di Galeri Canselori.
 
ePerolehan ini merupakan salah satu projek Jabatan Bendahari dalam mencapai objektif smart campus univesiti. sistem eP@USIM yang dibangunkan oleh Ikhlas Kekal Sdn Bhd (IKSB), mula digunakan oleh USIM pada awal April 2022
Penggunaan sistem ini mampu menjimatkan kos, masa, tenaga dan memenuhi objektif green campus apabila konsep “paperless” atau bebas kertas diguna pakai sepenuhnya.  

Meraikan YBhg. Puan Siti Nurbaya Ismail sebagai Bendahari USIM dan Jamuan Aidilfitri Aras 4 Jabatan Bendahari.

Warga Jabatan Bendahari mengucapkan tahniah dan Selamat Menjalankan Tugas

Majlis Agihan Bubur Lambuk

21 April 2022 –Bagi meraikan keberkatan bulan Ramadan 1443H, Jabatan Bendahari berkesempatan mengadakan Majlis Agihan Bubur Lambuk oleh Pemangku Bendahari, Puan Siti Nurbaya Ismail. Menurutnya, agihan bubur lambuk kepada staf Jabatan Bendahari sebagai menghargai kerjasama yang terjalin serta mengeratkan silaturrahim sesama staf selain tanda syukur dapat menjalankan tanggungjawab berpuasa kali ini.

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat.”

– Surah Ibrahim, Ayat 7 –

Sesi Penilaian Dokumen MyRA 2019 & 2020

Pada 23 Februari 2022,  wakil Jabatan Bendahari USIM telah menghadiri Sesi Penilaian Dokumen Bagi Pencapaian Malaysia Research Assessment (MYRA) Tahun 2019 dan 2020 bertempat Di Dewan Za’ba, Kementerian Pengajian Tinggi, Putrajaya. Universiti yang turut dinilai pada hari tersebut adalah UMK, UNIMAP, UUM, UMP dan UTHM.

VIDEO AMALAN TERBAIK

(PAUTAN RAKAMAN)

Majlis Bacaan Yasin dan Sumbangan

Majlis yang dipimpin oleh En. ‘Izzat Hazwan bin Zahri, Penolong Bendahari turut dihadiri oleh mantan Bendahari USIM, YBhg. Dato’ Haji Mohd Abd Rasid Mohd Fadzil. Majlis dihadiri oleh staf Jabatan Bendahari bagi mendoakan rakan-rakan yang disahkan positif Covid-19 serta berita dukacita melibatkan warga USIM yang menghadapi musibah bencana alam dan pemergian orang-orang tersayang. Kami Warga Jabatan Bendahari mendoakan kebaikan untuk semua, semoga Allah merahmati usaha kita. Semoga tahun 2022 memberi lebih kejayaan, kesihatan dan kesejahteraan buat kita semua.

Sumbangan daripada Warga Kerja Jabatan Bendahari kepada rakan-rakan jabatan yang disahkan positif Covid-10. Didoakan semoga kalian diberi kesembuhan, kekuatan hati dan kesihatan berpanjangan oleh Allah.

“Wahai manusia, Sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit  (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.”- Surah Yunus:57)

KLIK DI SINI UNTUK RAKAMAN PENUH

TAHUN 2021

Gotong-Royong Penyusunan Baucer

Aktiviti gotong royong penyusunan baucer dilaksanakan bersama dalam kalangan warga kerja Jabatan Bendahari pada 11 dan 12 Januari 2022.

وَ تَعاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَ التَّقْوى‏ وَ لا تَعاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَ الْعُدْوان

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.” (Qs Al-Maidah [5]: 2)

INTEGRITI DALAM BEKERJA (6 OGOS 2021)

YBhg. Dato’ Mohd Abd Rasid Mohd Fadzil
Mantan Bendahari USIM

(PAUTAN RAKAMAN)

AMANAH DALAM PEKERJAAN:
INTEPRETASI DAN IMPLIMENTASI NAQLI DAN AQLI WARGA USIM (3 SEPTERMBER 2021)

Dr. Mohd Shamsul Hakim Abd Samad
Pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah

(PAUTAN RAKAMAN)

JOM KENDALI KESIHATAN KITA : OBESITI (1 OKTOBER 2021)

Dr. Anu Suria A/P Ganason
Pakar Perubatan Keluarga
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan

(PAUTAN RAKAMAN)

STROKE : KENALI DIRIKU (5 NOVEMBER 2021)

Dr. Yafizah Yahaya
Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan

(PAUTAN RAKAMAN)

Program Kesedaran dan Pendidikan Impak Pembuangan Penutup Muka Secara Berkesan

Sijil Penarafan Lamanweb Jabatan Bendahari 2021