Soalan 1
Q: Bagaimana caranya untuk saya memohon buku resit dan surat kuasa bagi kutipan wang awam di Fakulti/PTJ?
A: Borang permohonan boleh didapati di dalam system Mydocs. Borang yang telah diisi dan mendapat  kelulusan daripada ketua jabatan hendaklah diserahkan di Kaunter Bendahari untuk mendapatkan kelulusan pihak Bendahari dan proses pengeluaran surat kuasa dan buku resit sementara.

Soalan 2
Q: Berapakah jangka masa untuk saya memulangkan hasil kutipan dan buku resit?
A:Bergantung kepada tempoh masa dan jumlah kutipan dengan merujuk kepada Polisi Terimaan USIM.

Soalan 3
Q: Berapakah jangka masa yang diperlukan untuk saya mendapatkan resit rasmi selepas saya membuat pembayaran di kaunter Bendahari?
A: Sejurus selepas pembayaran dibuat.

Soalan 4
Q: Bolehkah saya membuat bayaran menggunakan Kad kredit (VISA/MASTERCARD) dan Kad Debit (ATM) di Kaunter Bendahari?
A: Boleh. Pembayaran boleh dibuat dengan had minimum RM 10.00. Kad kredit luar negara tidak dibenarkan.

Soalan 5
Q: Bolehkah saya membuat bayaran dengan menggunakan wang asing?
A: Tidak. Ini kerana urusan di kaunter hanya boleh menerima Ringgit Malaysia sahaja.

Soalan 6
Q: Selain daripada bayaran tunai di kaunter bendahari, apakah cara lain untuk saya membuat pembayaran yuran pengajian?
A: Pembayaran yuran pengajian juga boleh dibuat di mana-mana kaunter Bank Islam Malaysia Berhad melalui Sistem Bill presentment,Bayaran secara online (FPX) (Sistem MyPayment USIM) melalui portal eWadi USIM http://ewadi.usim.edu.my

Soalan 7
Q: Bagaimana caranya untuk saya mendapatkan pengecualian cukai sekiranya sumbangan yang diterima adakah melalui pemindahan wang?
A: Pihak kami akan mengecop pengecualian cukai pada surat rasmi yang dikemukakan oleh pihak tuan.

Soalan 8
Q: Apakah dokumen yang diperlukan untuk saya membeli dokumen Tender dan SebutHarga?
A: Dokumen yang diperlukan adalah Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan dan atau  Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berserta 1 salinan yang tidak akan dikembalikan.

Soalan 9
Q: Bagaimana caranya untuk mendaftar syarikat di USIM?
A: Borang pendaftaran boleh didapati di Laman Web Jabatan Bendahari USIM dan di kaunter Jabatan Bendahari.

Soalan 10
Q: Bolehkah saya menghantar wakil untuk mengambil cek persendirian?
A: Boleh dengan mengemukakan surat kuasa wakil dan cop perniagaan/syarikat.

BAHAGIAN KEWANGAN PELAJAR

Soalan 1
Q: Bagaimana hendak membayar yuran?
A: Yuran boleh dibayar secara 3 kaedah iaitu secara Mypayment, Bill Presentment dan ATM (Pindahan Yuran IPT).

Soalan 2
Q: Bagaimana saya nak tahu hutang yuran saya terkini?
A: Hutang yuran terkini boleh dilayari melalui portal ewadi dalam modul Al-maaliyah.

Soalan 3
Q: Bagaimana saya hendak mendapatkan semula lebihan bayaran yuran yang telah dilakukan?
A: Lebihan yuran boleh didapatkan semula dengan menulis surat rasmi terus kepada Bahagian Kewangan Pelajar untuk mendapatkan kembali lebihan bayaran tersebut.

 

 

 

 

 Jabatan Bendahari
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8201/8265, Faks: +606-798 4823/6011, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.