Soalan 1
Q : Bagaimanakah cara untuk menjadi pembekal yang berdaftar di USIM?
A : Pembekal boleh memuat turun Borang Pendaftaran Syarikat dengan melayari laman web USIM di www.usim.edu.my

Soalan 2
Q : Berapakah bayaran pendaftaran yang dikenakan oleh USIM?
A : USIM tidak mengenakan sebarang pembayaran dan pendaftaran syarikat adalah percuma.

Soalan 3
Q : Bagaimanakan cara untuk mendapatkan maklumat tawaran sebutharga atau tender yang dikeluarkan oleh USIM?
A : Pembekal boleh mendapat maklumat tersebut di Laman Web USIM di ruangan iklan tawaran tender dan sebutharga atau di Papan Kenyataan Jabatan Bendahari.

Soalan 4
Q : Jika masa tutup penghantaran tender/sebutharga ialah pukul 12.00 tengahari, tender/sebutharga yang dihantar terlewat, adakah ia boleh dipertimbangkan untuk diproses?
A : Tidak boleh dipertimbangkan sama sekali.

Soalan 5
Q : Berapa lamakah tempoh masa yang diambil dalam memproses pesanan rasmi?
A : Proses Pesanan Rasmi akan dikeluarkan dalam masa 7 hari bekerja selepas menerima permintaan pesanan bersama-sama dokumen sokongan yang lengkap.

Soalan 6
Q : Adakah Pesanan Rasmi boleh dikeluarkan sekiranya program telah dijalankan atau bekalan barang/perkhidmatan sudah  dibekalkan?
A : Tidak boleh.

Soalan 7
Q : Bagaimanakah cara Tenaga Pengajar Sambilan (TPS) membuat tuntutan syarahan sambilan?
A : Tenaga Pengajar Sambilan boleh menuntut tuntutan syarahan sambilan melalui sistem myClaim.

 Jabatan Bendahari
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8201/8265, Faks: +606-798 4823/6011, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.