Soalan 1
Q: Siapa yang layak untuk menggunakan Kad Korporat USIM dan bagaimanakah ingin mendapatkan borang permohonan kad?
A: Rujuk Pekeliling Bendahari Bil. 10/2013 dan pindaan/tambahan pekeliling yang berkuatkuasa. Borang permohonan kad iaitu Borang Penamaan Platinum Businesscard CIMB Bank boleh diperolehi daripada Bahagian Kewangan Korporat, Jabatan Bendahari. 

Soalan 2
Q: Adakah perbelanjaan atau pembelian barangan/perkhidmatan untuk PTJ boleh ibuat menggunakan kad korporat ?
A: Tidak. Kad Korporat USIM hanya diberikan atas nama individu dan bukannya jabatan. Ia khusus untuk kegunaan ketika perjalanan rasmi sahaja dan tidak boleh digunakan untuk urusan operasi pejabat.

Soalan 3
Q: Apakah tindakan yang boleh diambil oleh Jabatan Bendahari bagi kes ketidakpatuhan kepada Polisi Penggunaan Kad Korporat Universiti?
A: 

1. Tindakan pemotongan gaji akan diambil ke atas pemegang kad bagi penggunaan perbelanjaan peribadi

2. Surat peringatan dan pembatalan kad korporat akan dibuat.

Soalan 4
Q: Apakah contoh kesalahan penggunaan yang membabitkan Kad Korporat Universiti?
A: Contoh kesalahan penggunaan kad korporat adalah seperti berikut:

1. Pembelian buku/bahan bacaan ketika seminar atau secara atas talian samada untuk kegunaan sendiri atau jabatan.

2. Pembelian tiket penerbangan atau tempahan hotel bagi kegunaan staf selain pemegang kad.

3. Pembelian barangan pantry bagi kegunaan pejabat.

4. Pembelian cenderamata dan perkakasan bagi kegunaan pejabat.

5. Pembayaran bil jamuan, makanan dan minuman yang tidak berkaitan dengan urusan perjalanan rasmi.

6. Pembelian pelbagai barangan am/runcit di pasaraya besar samaada bagi tujuan peribadi atau bagi tujuan pejabat yang tidak berkaitan dengan urusan perjalanan rasmi. 

Soalan 5
Q: Apakah aktiviti penjanaan hasil yang boleh dilaksanakan di peringkat PTJ di USIM?
A: Aktiviti penjanaan hasil utama Universiti di PTJ adalah seperti berikut:

1. Hasil Seminar dan Persidangan
2. Hasil Perundingan
3. Hasil Penerbitan
4. Hasil Royalti
5. Hasil Penyelidikan, Paten dan Harta Intelek
6. Hasil Yuran Pengajian Peringkat Sijil/Kursus Jangka Pendek
7. Hasil Perkhidmatan/Rawatan Perubatan/Pergigian
8. Hasil Sewaan Ruang/Lot Komersil (Selain penyewaan yang dikendalikan oleh USIM  Tijarah Holdings Sdn Bhd)

Soalan 6
Q: Bolehkah PTJ di USIM yang terlibat dengan aktiviti penjanaan hasil Universiti menerima Pesanan Rasmi sebagai akuan terimaan hasil?
A: Tidak. Larangan penerimaan pesanan rasmi telah berkuatkuasa bagi aktiiviti penjanaan hasil seperti sewaan, kursus, seminar dan persidangan anjuran PTJ termasuk yang melibatkan Akaun Enterprise PTJ. Dengan penguatkuasaan ini, tiada lagi invois disediakan oleh Jabatan Bendahari USIM selepas sesuatu aktiviti penjanaan hasil Universiti dilaksanakan atau disediakan oleh USIM kepada pihak ketiga. Ini bertujuan untuk mengurangkan tunggakan hasil Universiti disebabkan isu kegagalan pihak ketiga menjelaskan hutang dalam tempoh yang ditetapkan.

Soalan 7
Q: Apakah proses kawalan yang dilakukan oleh Jabatan Bendahari USIM berkaitan pendahuluan diri kakitangan dan apakah peranan kakitangan Universiti dalam memastikan setiap pendahuluan diri yang diambil diselesaikan sepenuhnya pada tempoh masa ditetapkan?
A: 

1. Semakan akan dibuat bagi setiap akaun pendahuluan individu yang turut merangkumi maklumat Resit di Modul Subsidiari Sistem Al-Maaliyah (Sistem Kewangan) bagi setiap baki tunai pendahuluan yang dipulangkan di Kaunter Bendahari.

2. Kakitangan Universiti perlu memastikan setiap laporan perbelanjaan dikemukakan kepada Bahagian Kewangan Pelajar/Bahagian Kewangan Kakitangan/ Bahagian Tabung Amanah dan Penyelidikan untuk dijernalkan bagi memastikan pendahuluan selesai sepenuhnya. Jika masih tertera baki hutang pada Sistem Al-Maaliyah, bermakna laporan berkenaan masih belum selesai.

3. Semua kakitangan perlu menyemak akaun individu bagi memastikan setiap pendahuluan yang diambil benar-benar selesai.

4. Semakan boleh dibuat di Bahagian Kawalan Kredit, Jabatan Bendahari dan mencetak penyata untuk semakan.

5. Bagi mana-mana pendahuluan yang belum 'SELESAI" ini, Memo Potongan Gaji Kakitangan akan dikeluarkan selepas Surat Peringatan Ketiga dikeluarkan.

 

 

 

 

 Jabatan Bendahari
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8201/8265, Faks: +606-798 4823/6011, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.