Soalan 1
Q : Bilakah gaji bulanan akan dibayar (Kontrak/Tetap) ?
A : Tarikh pembayaran gaji adalah berdasarkan pekeliling yang dikeluarkan Jabatan Akauntan Negara.  Pekeliling Bendahari berkenaan Jadual pembayaran gaji sepanjang tahun akan dikeluarkan pada awal tahun.  Mohon rujuk Pekeliling Bendahari yang berkenaan.

Soalan 2
Q : Bilakah gaji pertama staf baru (Kontrak/Tetap) akan dibayar ?
A : Gaji pertama staf baru hanya akan dibayar pada bulan kedua staf tersebut bertugas dengan syarat semua maklumat telah dikemaskini di dalam Sistem Al-Maaliyah dan Laporan Perubahan Gaji (LPG) diterima daripada Jabatan Pendaftar.

Soalan 3
Q : Bilakah gaji pekerja sambilan harian (PSH) akan dibayar?
A : Gaji PSH akan dibayar bermula minggu pertama bulan berikutnya.  Dokumen tuntutan termasuk salinan kad perakam waktu perlu dilampirkan dan dihantar kepada Bahagian Gaji dan SLAB pada 1hb (hari pertama bekerja bulan berikutnya).  Pembayaran gaji PSH tidak melibatkan Modul Gaji, Sistem al-Maaliyah. Slip Gaji tidak dikeluarkan kepada PSH.

Cth:  Gaji bulan November 2013 dibayar dalam bulan Disember 2013.

Soalan 4
Q : Bilakah upah Pembantu Penyelidik (RA) akan dibayar?
A : Upah RA akan dibayar bermula minggu pertama bulan berikutnya.  Dokumen tuntutan termasuk salinan kad perakam waktu perlu dilampirkan dan dihantar kepada Bahagian Tabung Amanah & Penyelidikan pada 1hb (hari pertama bekerja bulan berikutnya).  Pembayaran upah tidak melibatkan Modul Gaji, Sistem al-Maaliyah. Slip Gaji tidak dikeluarkan kepada Pembantu Penyelidik. Pembayaran upag RA tertakluk kepada kedudukan kewangan tabung penyelidikan yang berkenaan.

Soalan 5
Q : Bagaimana staf (Kontrak/Tetap) boleh mengakses Slip Gaji bulanan?
A : Slip gaji bulanan boleh dicapai dan dicetak dari Portal eStaf. Staf diminta supaya menyimpan satu salinan penyata gaji pada setiap bulan.  Slip gaji hanya akan dipaparkan untuk 6 bulan terkini sahaja.

Soalan 6
Q : Bilakah tarikh akhir penghantaran Tuntutan Lebih Masa di Sistem myOT?
A : Tarikh akhir penghantaran Tuntutan Lebih Masa adalah selewat-lewatnya pada 10hb. setiap bulan bagi tarikh gaji pada 25hb.  Sekiranya tarikh pembayaran gaji adalah awal (sila rujuk Jadual Pembayaran Gaji) maka tarikh akhir penghantaran Tuntutan Lebih Masa akan berubah berdasarkan makluman yang dikeluarkan pihak Jabatan Bendahari.

Soalan 7
Q : Apakah yang perlu dilakukan oleh  staf yang ingin membuat potongan Zakat melalui potongan gaji?
A : Staf perlu melengkapkan Borang Potongan Zakat tersebut di mana-mana cawangan Zakat yang berdekatan, seterusnya Pusat Zakat tersebut akan  menghantar salinan borang kepada Bahagian Gaji USIM untuk diproses.

Soalan 8
Q : Apakah staf boleh meminta Potongan Cukai Berjadual (PCB) diberhentikan?
A : Potongan PCB tidak boleh diberhentikan kerana Majikan wajib membuat caruman PCB keatas staf yang layak.

Soalan 9
Q : Berapa kalikah Elaun Kakitangan Cuti Belajar dibayar dalam tempoh setahun?
A : Elaun Kakitangan Cuti Belajar dibayar 4 kali setahun iaitu setiap 3 bulan.

Soalan 10
Q : Bilakah Elaun Kakitangan Cuti Belajar dibayar?
A : Elaun Kakitangan Cuti Belajar dibayar sepertii berikut (bagi tahun 2014)

Tempoh Pembayaran
Jan - Mac 2014 Akhir Dis 2013
Apr - Jun 2014 Akhir Mac 2013
Jul - Sept 2014 Akhir Jun 2014
Okt - Dis 2014 Akhir Sept 2014

Soalan 11
Q : Adakah Kakitangan Cuti Belajar layak mendapat Imbuhan Tetap Perumahan & Bantuan Sara Hidup sekiranya Kakitangan tersebut telah menerima Elaun Bantuan Sewa Rumah & Elaun Bantuan Keluarga?
A : Tidak layak, kerana kakitangan hanya layak menerima salah satu sahaja.

 Jabatan Bendahari
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8201/8265, Faks: +606-798 4823/6011, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.