Soalan 1
Q: Bilakah peruntukan akan dimasukkan ke dalam vot PTJ bagi membolehkan PTJ membuat perbelanjaan pada awal setiap tahun?
A: Peruntukan akan dimasukkan ke dalam sistem Al-Maaliyah selepas diperakukan di dalam Mesyuarat Agihan Bajet dan PTJ boleh membuat bayaran atau perbelanjaan berdasarkan kepada tarikh yang ditetapkan di dalam pekeliling tatacara penutupan akaun.

Soalan 2
Q: Bagaimanakah kaedah [emakluman perbelanjaan PTJ pada setiap bulan?
A: Perbelanjaan PTJ akan disediakan pada setiap bulan dan akan dimaklumkan kepada PTJ melalui email.

Soalan 3
Q: Bagaimanakah PTJ ingin membuat permohonan viremen atau pindah peruntukan?
A: Permohonan viremen boleh dibuat dengan menggunakan borang bajet (BEND/BB/002).

Soalan 4
Q: Bagaimanakah cara untuk melihat baki peruntukan di PTJ?
A: Baki peruntukan boleh dilihat di dalam Sistem Al-Maaliyah di modul pertanyaan pengurusan (w_mn3).

Soalan 5
Q: Bilakah pembekal boleh menerima cek pembayaran pembangunan dari Jabatan Bendahari?
A: Bayaran boleh diambil di kaunter Jabatan Bendahari selepas 7 hari bekerja dari tarikh terima dokumen lengkap.

Soalan 6
Q: Berapa lamakah tempoh sah laku bagi cek pembangunan?
A: Tempoh sah laku cek pembangunan adalah selama 6 bulan dari tarikh cek dikeluarkan.

 Jabatan Bendahari
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8201/8265, Faks: +606-798 4823/6011, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.