BAYARAN

Soalan 1

Q: Berapa lamakah tempoh masa yang diambil dalam memproses tuntutan bayaran kepada pembekal?
A: Proses bayaran kepada pembekal akan dibuat tidak lebih dari 7 hari dari tarikh inbois dan dokumen lengkap diterima daripada PTJ.

Soalan 2

Q: Apakah dokumen yang di perlukan bagi pembayaran yang menggunakan pesanan rasmi?
A: Invois asal, Pesanan Rasmi Asal, nota penghantaran asal (jika berkaitan) dan daftar bil yang telah disahkan.

Soalan 3

Q: Bolehkah pembayaran dibuat jika pembekal tidak didaftarkan?
A:Tidak. Pembekal perlu didaftarkan dahulu sebelum pembayaran boleh dibuat.

Soalan 4

Q: Berapakah had maksimum pembelian menggunakan panjar wang runcit oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ)?
A: Had maksimum pembelian menggunakan panjar wang runcit adalah sebanyak RM100.00.

Soalan 5

Q: Bagaimanakah PTJ boleh menyemak status pembayaran kepada pembekal?
A: PTJ boleh menyemak status pembayaran melalui Sistem Al-Maaliyah di Modul Pertanyaan Pengurusan (wr_mn7b).

 

PENDAHULUAN

Soalan 1
Q: Berapakah had minima pendahuluan diri?
A: Had minima pendahuluan diri adalah seperti berikut:

 

Kumpulan/ Gred

Had Minima (RM)

 

Pengurusan dan Gred Profesional (Gred 41 dan ke atas)

500.00

Sokongan (Gred 17-30)

300.00

Sokongan  Bawahan ( Gred 1-16)

Tiada  Had

 

Soalan 2 
Q: Berapakah had minima dan maksima pendahuluan pelbagai?
A: Had minima dan maksima pendahuluan pelbagai adalah seperti berikut:

 

 Had Minima

 

Kumpulan/ Gred

Had Minima (RM)

 

Pengurusan dan Gred Profesional (Gred 41 dan ke atas)

500.00

Sokongan (Gred 17-30)

300.00

Sokongan  Bawahan ( Gred 1-16)

Tiada  Had

 

 Had Maksima

 

Kumpulan/ Gred

Had Minima (RM)

 

Pengurusan dan Gred Profesional (Gred 41 dan ke atas)

5,000.00

Sokongan (Gred 17-30)

3,000.00

Sokongan  Bawahan ( Gred 1-16)

1,500.00

 

Soalan 3
Q: Apakah Syarat-Syarat Am Pendahuluan?

A: Syarat-syaratnya seperti berikut:
i) Semua staf berjawatan tetap/ Kontrak / Sementara. Staf kontrak/ Sementara  perlu  berkhidmat sekurang-kurangnya satu (1) tahun .
ii) Permohonan pendahuluan hendaklah dikemukakan selewat-selewatnya 7 hari sebelum tarikh cek diperlukan atau tarikh perjalanan/program/aktiviti diadakan.
iii) Pendahuluan tidak akan dikeluarkan sekiranya perjalanan/program/aktiviti telah dilaksanakan . Sekiranya dibatalkan atau ditunda melebih 1 bulan, wang pendahuluanhendaklah dikembalikan dalam tempoh 7 hari dari tarikh pembatalan.

 

Pendahuluan yang baru TIDAK BOLEH diberikan sekiranya masih terdapat pendahuluan terdahulu yang belum dijelaskan.

 

 Jabatan Bendahari
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8201/8265, Faks: +606-798 4823/6011, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.