Soalan 1
Q:Apakah perbezaan antara Aset dan Inventori?
A:Aset adalah barang tak luak yang nilai perolehan ialah RM 3,000.00 dan keatas.Harta benda kepunyaan dan milikan
kerajaan yang dibeli atau disewa dengan wang Kerajaan, yang diterima melalui sumbangan atau hadiah atau secara
perundangan.
Aset Alih:aset yang boleh dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain,termasuk yang dibekal atau yang
dipasang bersekali dengan bangunan.Jangkahayat melebihi 1 tahun dan memerlukan penyelenggaraan berjadual.
Inventori ialah peralatan yang tak luak, jangkahayat melebihi setahun.Harga asal perolehan melebihi RM 100.00
sehingga RM 2,999.00 dan tidak memerlukan penyelenggaraan termasuk perabot dan hamparan tanpa mengira harga
perolehan.


Soalan 2
Q:Adakah semua aset USIM perlu dilabelkan?
A: Ya, semua aset hendaklah diberi tanda pengenalan dengan cara melabelkan pelekat barcode yang dicetak daripada
sistem MyOasis.


Soalan 3
Q: Adakah pergerakan aset perlu direkodkan?
A:Ya , semua pergerakan aset bagi tujuan penempatan semula hendaklah direkodkan di dalam sistem MyOasis(KEW PA
6) bagi memastikan lokasi semasa aset tersebut berada.


Soalan 4
Q:Apakah tujuan pemeriksaan aset dilakukan setiap tahun?
A:a. memastikan setiap aset mempunyai rekod yang lengkap, tepat dan betul.
b.mengetahui keadaaan dan prestasi aset.
c.memastikan setiap aset berada di lokasi seperti yang telah didaftarkan.
d.memastikan setiap pegawai bertanggungjawab sepenuhnya bagi aset yang dipertanggungjawabkan keatasnya.


Soalan 5
Q:Apakah yang perlu dilakukan PTJ untuk melupuskan sesuatu Aset?
A:a.mengisi borang KEW PA 17(Laporan Lembaga Pemeriksa)
b.Kepilkan KEW PA 2 atau KEW PA 3 (aset yang hendak dilupuskan)
c. Mendapat pengesahan Ketua Jabatan sebagai bukti aset tersebut perlu dilupuskan
d.Hantar ke Jabatan Bendahari.


Soalan 6
Q:Apakah tindakan yang perlu dilakukan jika berlaku kehilangan?
A:a.Pegawai bertanggungjawab perlu melaporkan kehilangan kepada Ketua Jabatan.
b.Membuat laporan Polis dan laporan keselamatan dalam tempoh 24 jam
c.Ketua Jabatan melengkapkan KEW PA 28 (Laporan Awal Kehilangan)
d.Laporan Awal, salinan polis , laporan keselamatan dan dokumen-dokumen berkaitan(Invois/KEW PA 2@ 3)

 Jabatan Bendahari
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8201/8265, Faks: +606-798 4823/6011, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.