Soalan 1
Q: Apakah yang dimaksudkan dengan Tabung Amanah dan Akaun Amanah?
A: Tabung/Akaun Amanah bermaksud  satu kumpulan dana yang dibuka untuk menguruskan kewangan sesuatu aktiviti dan program yang telah diluluskan. Tabung/Akaun Amanah ini mengakaunkan caruman wang daripada badan-badan dan /atau perseorangan yang diamanahkan kepada Universiti. Ia tergolong didalam Kumpulan Wang Amanah yang bermaksud mengakaunkan penerimaan dan perbelanjaan dari Tabung/Akaun Amanah. Tabung Amanah ialah kumpulan dana yang diwujudkan untuk satu tempoh yang lama, manakala Akaun Amanah diwujudkan untuk tempoh dari 6 bulan – 1 tahun.

Soalan 2
Q: Apakah dokumen yang diperlukan bagi permohonan pembukaan Tabung/Akaun Amanah?
A: Setelah dana diterima bagi satu tujuan tertentu, pihak PTj perlu mewujudkan Jawatankuasa Pemegang Amanah yang diketuai oleh Ketua PTj. Setelah pembukaan Tabung Amanah diluluskan di Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) dan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan (JKTK), pihak PTj perlu mengisi Surat Ikatan Amanah dengan melampirkan kelulusan-kelusan tersebut bersama dokumen sokongan lain yang berkaitan. Permohonan lengkap perlu dihantar ke Bahagian Tabung Amanah, Jabatan Bendahari untuk diproses dan makluman rasmi berkaitan pembukaan Tabung/Akaun Amanah akan diedarkan kepada PTJ.

Soalan 3
Q: Bagi tuntutan perjalanan/perbelanjaan penyelidikan dan persidangan, apakah prosedur yang perlu dilakukan oleh penyelidik?
A: Borang tuntutan perlu diisi dengan lengkap seperti yang digariskan oleh Bahagian Kewangan Kakitangan, Jabatan Bendahari. Permohonan lengkap perlu diperakui oleh Dekan/Timbalan Dekan Fakulti dan dipanjangkan kepada PPP untuk pengesahan. Pihak PPP akan memanjangkan permohonan kepada Jabatan Bendahari untuk diproses.

Soalan 4
Q: Apakah prosedur bagi pembayaran gaji RA/GRA?
A: Jabatan Bendahari akan mengeluarkan jadual pembayaran gaji bulanan RA/GRA untuk tempoh setahun bagi rujukan PPP dan penyelidik. Permohonan pembayaran yang lengkap perlu dihantar kepada PPP, dan pihak PPP perlu memanjangkan permohonan kepada Jabatan Bendahari mengikut jadual yang ditetapkan bagi mengelakkan kelewatan proses bayaran gaji, EPF dan SOCSO.

 

 

PINJAMAN KOMPUTER

 

Soalan 1
Q: Apakah kelayakan pegawai bagi membolehkan membuat pinjaman komputer?
A: Kelayakan / Peraturan / Syarat:-

 

  • Amaun pembiayaan maksimum adalah sebanyak RM5,000.00 dan akan dikira kepada angka ratusan yang terdekat;

 

  • Jumlah potongan bulanan untuk pembelian komputer hendaklah tidak melebihi 1/3 daripada gaji pokok anggota dan jumlah semua potongan gajinya hendaklah tidak melebihi 60% dari jumlah gaji pokok serta elaun-elaun;

 

  • Kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak 4% setahun;

 

  • Skim pembiayaan ini ditawarkan kepada semua anggota Perkhidmatan Awam yang bertaraf tetap dan dibenarkan membuat pinjaman komputer setiap tiga tahun sekali dengan syarat pembiayaan terdahulu telah selesai. Bagi pegawai yang bertaraf kontrak, sementara dan sambilan tidak layak memohon;

 

  • Tempoh bayaran balik adalah tidak melebihi 48 bulan;

 

  • Surat perjanjian pembiayaan komputer adalah dikehendaki disetem secukupnya berdasarkan kepada amaun pembiayaan Kerajaan di mana bagi setiap RM500.00 atau sebahagian darinya RM2.50; dan

 

  • Seseorang anggota yang mendapat pembiayaan membeli komputer hendaklah menyerahkan resit asal bagi komputer yang dibelinya kepada Jabatan Bendahari dalam tempoh 30 hari dari tarikh cek bayaran dikeluarkan. Kegagalan untuk menyerahkan resit pembelian boleh menyebabkan perjanjian pinjaman pegawai terbatal dan pegawai dikehendaki memulangkan semula keseluruhan amaun pembiayaan pinjaman yang diperolehi kepada Jabatan Bendahari.

 

Soalan 2
Q: Apakah dokumen yang perlu dikemukakan untuk membuat pinjaman komputer ?
A: Dokumen-dokumen Yang Perlu Dikemukakan Untuk Permohonan:-

 

  • Borang Pinjaman Komputer Bagi Kakitangan USIM (BEND/STAF/002);
  • Salinan kad pengenalan yang diakui sah; iii.
  • Salinan slip gaji terkini yang diakui sah;
  • Sebut harga komputer baru yang lengkap termasuk perkakasan & perisiannya
  • Pengesahan status keberhutangan staf daripada Bhg Perkhidmatan, Jabatan Pendaftar.

 

Soalan 3
Q: Bolehkah pegawai membeli komputer dengan mendahulukan duit sendiri dan menuntut pemulangan semula?
A: Tidak boleh. Pegawai perlu membuat permohonan terlebih dahulu dan sekiranya permohonan diluluskan cek bayaran akan dikeluarkan atas nama vendor atau pembekal komputer berkenaan berdasarkan invois yang dikemukakan.

 

Soalan 4
Q: Bolehkah pegawai membeli dua (2) buah komputer dalam satu permohonan tetapi tidak melebihi RM5,000
A: Tidak boleh. Setiap permohonan pinjaman komputer hanya dibenarkan membeli sebuah komputer sahaja.

 

Soalan 5
Q: 
Bolehkah pegawai memohon pinjaman komputer untuk membeli komputer terpakai?
A: Tidak boleh. Permohonan pinjaman komputer hanya untuk membeli komputer baru sahaja.

 

Soalan 6
Q: Bolehkah pegawai memohon pinjaman semula sekiranya pegawai telah selesai menyelesaikan baki keseluruhan pinjaman terdahulu atau tamat tempoh potongan gaji?
A: Boleh, sekiranya tempoh pinjaman telah melebihi 3 tahun serta baki pinjaman terdahulu telah selesai sepenuhnya. Kelayakan pinjaman adalah setiap tiga (3) tahun sekali.

 

Soalan 7
Q: Pegawai telah pun mempunyai sebuah komputer persendirian tetapi ingin memohon pinjaman komputer bagi membeli mesin pencetak sahaja. Adakah dibenarkan?
A: Tidak boleh. Skim pinjaman komputer ialah untuk membeli komputer serta perkakasannya termasuk mesin pencetak, mesin pengimbas dan sebagainya secara sekaligus. Pembelian berasingan tidak dibenarkan.

 

 

PINJAMAN KENDERAAN

 

Soalan 1
Q: Berapakah had pinjaman kenderaan dan motorsikal?
A: Had pinjaman kenderaan dan motosikal adalah seperti berikut:
1.1 Untuk Membeli Kereta

 

Jawatan

Had Pinjaman / Pembiayaan

RM

Jawatan-jawatan Utama dan Jawatan-jawatan Gred Khas

70,000

Kumpulan Pengurusan dan Profesional

65,000

Kumpulan Sokongan (Kelulusan khas bagi gaji RM1,620 ke bawah)

55,000

 

 1.2   Untuk Membeli Motosikal
  
i)   RM 5,000.00


Soalan 2
Q: Berapakah tempoh bayaran balik untuk pinjaman kenderaan?
A: Tempoh bayaran balik adalah seperti berikut
i)   Kereta baru, tidak melebihi 108 bulan
ii)  Kereta terpakai, tidak melebihi 96 bulan tertakluk kepada Sijil Penilaian yang dikeluarkan  oleh pihak Jurutera Kerja Raya atau JPJ.
iii)  Motosikal baru, tidak melebihi 72 bulan
iv)  Motosikal terpakai, tidak melebihi 48 bulan

 

Soalan 3
Q: Apakah syarat am bagi pinjaman kenderaan?
A: Syarat am adalah seperti berikut:
i)  Jumlah ansuran potongan bulanan pinjaman kenderaan tidak boleh melebihi 1/3 daripada gaji pokok pemohon
ii)  Jumlah semua potongan gaji termasuk ansuran potongan bulanan komputer yang ditanggung pemohon tidak boleh melebihi 60% daripada gaji pokok serta elaun-elaun.[Para 5.8 (ii)  P.P 8/93]

 

 

 

 

 

 

 Jabatan Bendahari
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8201/8265, Faks: +606-798 4823/6011, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.